Gandingan dua selebriti hebat dari latar belakang berbeza, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus bersama pelakon, pelawak dan pengacara, Zizan Raja Lawak berjaya menarik kehadiran kira-kira 80, 000 orang ke Program Countdown 2012 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, semasa sambutan Tahun Baru 2012.
Adalah difahamkan, jumlah ini jauh lebih memberangsangkan berbanding jumlah kehadiran ke program “Karnival Sayangi Selangor” dan sambutan malam tahun baru anjuran Umno-BN di I-City yang dianggarkan sekitar 5,000 sahaja, meskipun dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Semalam, Muhyiddin meminta Lim, Ketua Menteri Pulau Pinang, membuat laporan polis dan membiarkan polis menjalankan siasatan bagi menjelaskan keadaan sebenar kerana penafian sahaja tidak mencukupi.
Bagi meningkatkan kawalan keselamatan di sekitar tanah suci Mekah, pihak berkuasa Arab Saudi memasang pengesan bahan letupan di pintu-pintu masuk ke Masjidil Haram.
Leftenan Kolonel Fawaz al-Sahafi yang mengetuai pasukan keselamatan di masjid itu berkata, terdapat lebih 700 kamera untuk mengesan kejadian curi, seluk poket dan kegiatan jenayah lain atau kegiatan tidak bermoral.
Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah memilih 22 masjid untuk menerima sumbangan sempena Ramadhan ini, khususnya untuk menyediakan kanji atau Bubur Lambuk kepada qariah masing-masing. Program ini telah dilancarkan di Masjid Attqwa Bertam Indah, Kepala Batas oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Program ini antaranya melibatkan Masjid Permatang Sungai Dua, Masjid Padang benggali, Masjid Sungai Nibong Besar dan Masjid Padang Menora.
Muka surat 1 daripada 2