Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah memilih 22 masjid untuk menerima sumbangan sempena Ramadhan ini, khususnya untuk menyediakan kanji atau Bubur Lambuk kepada qariah masing-masing. Program ini telah dilancarkan di Masjid Attqwa Bertam Indah, Kepala Batas oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Program ini antaranya melibatkan Masjid Permatang Sungai Dua, Masjid Padang benggali, Masjid Sungai Nibong Besar dan Masjid Padang Menora.
Kelihatan Penyelaras Kadun Seberang Jaya Abdul Jalil Che Rose mengambil peluang bertemu iman Masjid Batu, Permatang Janggus dan juga Masjid Jamek Kampung Setol yang terpilih untuk menyerahkan cek sumbangan kerajaan negeri Sambil bertanya khabar dan dimaklumkan mengenai pengubahsuaian masjid berkenaan, Jalil juga diberitahu mengenai permasalahan yang dihadapi jemaah dan pengurusan masjid itu, khususnya mengenai sistem pembesaran suara yang kerosakan.
Saudara Abdul Jalil juga telah bertemu dan menyerahkan Cek bantuan kerajaan negeri kepada Imam Masjid Jamek kampung Setol Jalan Baru.
Saudara Jalil juga mengambil kesempatan menyerahkan kurma kepada dua masjid berkenaan. Beliau kelihatan bersama Timbalan Ketua AMK Permatang Pauh.




