RIYADH: Bilangan jemaah yang menunaikan umrah ketika Ramadan mencecah empat juta ketika dua minggu awal bulan puasa ini dan mereka berbelanja lebih SR4 bilion (RM3.1 bilion) untuk membeli cenderamata dan hadiah./

Semua jemaah umrah, umumnya membeli hadiah berbentuk kerohanian untuk diberikan kepada saudara mara dan rakan-rakan.

Antaranya termasuk Tasbih, kraftangan, sejadah dan telekung adalah pilihan utama jemaah umrah, terutama ketika Ramadan.

Keadaan ini menggalakkan peniaga bersaing menawarkan pelbagai jenis cenderamata berkualiti tinggi kepada mereka. 

Seorang pakar tekstil dan peniaga, Salem Al-Ammari, berkata pelawat ke Masjidilharam dan Masjid Nabawi membeli banyak telekung sebagai cenderamata dan ia melonjakkan penjualan hingga 150 peratus. 

Peniaga tekstil mengimport fabrik tertentu, katanya, sambil menambah membeli telekung tidak terhad kepada pelawat tetapi juga dianggap hadiah penting untuk ditukar ganti oleh jemaah wanita ketika Ramadan. 

Salem menegaskan apa yang membezakan tekstil solat tahun ini ialah ia lebih mesra alam, dan dihasilkan daripada serat semula jadi yang membolehkan udara menembusinya dan mengelakkan masalah kulit yang mungkin terjadi apabila kulit tersentuh dengan fabrik tertentu ketika bersolat. 

Peningkatan bilangan jemaah umrah dan penjualan, menurut pakar ekonomi, bukan hanya membuka peluang pelaburan dalam pasaran pelancongan berasaskan agama, tetapi juga turut membantu membina semula konsep ekonomi agama untuk menekankan kepentingan tempat dan kualiti serta kepelbagaian perkhidmatan yang ditawarkan. – Agensi 


PenangdailyTV

Facebook

Hubungi Kami

Editor in Chief
Hajeeanua
Email: anua@penangdaily.com
Facebook

Pengarang
Hafiz
Nujumraja
Buraqs

Webmaster
Muaz.net
Email: contact@penangdaily.com
Facebook

Pengurus Iklan
Buraqs
Email: ads@penangdaily.com