Penduduk Felda Sungai Panching Utara, dekat Kuantan gempar apabila dimaklumkan seorang pemimpin peneroka di situ ditangkap oleh pihak polis ketika asyik berjudi di sebuah pusat siber haram Jalan Air Putih, di situ.

Pemimpin terbabit yang dikenali sebagai Che Mamat Abdullah, adalah merupakan Ketua UMNO Cawangan B Felda. Beliau ditahan ketika asyik bermain "mesin kuda" di premis itu.

Menurut sumber, kejadian itu sudah berlaku sejak beberapa hari lepas.

Namun, dek kerana takut mendapat aib dan malu terhadap beliau serta parti yang dipimpinnya (UMNO) maka kes tersebut cuba disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai.

Namun, atas sikap prihatin beberapa orang saksi pada hari kejadian maka perkara ini akhirnya didedahkan. Beberapa orang penduduk yang ditemui terkejut dengan insiden berkenaan. (dipetik drp Pahangdaily.Blogspot.com)


PenangdailyTV

Facebook

Hubungi Kami

Editor in Chief
Hajeeanua
Email: anua@penangdaily.com
Facebook

Pengarang
Hafiz
Nujumraja
Buraqs

Webmaster
Muaz.net
Email: contact@penangdaily.com
Facebook

Pengurus Iklan
Buraqs
Email: ads@penangdaily.com