Gandingan dua selebriti hebat dari latar belakang berbeza, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus bersama pelakon, pelawak dan pengacara, Zizan Raja Lawak berjaya menarik kehadiran kira-kira 80, 000 orang ke Program Countdown 2012 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, semasa sambutan Tahun Baru 2012.

Adalah difahamkan, jumlah ini jauh lebih memberangsangkan berbanding jumlah kehadiran ke program “Karnival Sayangi Selangor” dan sambutan malam tahun baru anjuran Umno-BN di I-City yang dianggarkan sekitar 5,000 sahaja, meskipun dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kemeriahan program turut diserikan dengan kehadiran bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Shamril Salleh atau Sham Kamikaze, pendakwah bebas, Ustaz Syed Nor Hisham Tuan Padang, juara program realiti tv pencarian imam muda, Imam Muda Ashraff serta selebriti Astro Oasis, Akhil Haiyy.

Ramai hadirin juga mengharapkan program seperti ini yang menampilkan hiburan mendidik jiwa diteruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan di negeri lain.

Ini membuktikan rakyat Malaysia khususnya anak muda mula meminati program mendidik apatah lagi jika ia ditampilkan dengan kreatif.



PenangdailyTV

Facebook

Hubungi Kami

Editor in Chief
Hajeeanua
Email: anua@penangdaily.com
Facebook

Pengarang
Hafiz
Nujumraja
Buraqs

Webmaster
Muaz.net
Email: contact@penangdaily.com
Facebook

Pengurus Iklan
Buraqs
Email: ads@penangdaily.com