Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng hari ini merakamkan tahniah kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) atas kejayaan menyelesaikan 92 peratus urusan permohonan dan pembangunan yang melibatkan kepentingan rakyat.
Beliau menyuarakan pengiktirafan itu pada Majlis Pelancaran Sistem Online Unit Pusat Setempat (OSC) di Kompleks MPSP, Bandar Perda, Bukit Mertajam.
Beliau menyuarakan pengiktirafan itu pada Majlis Pelancaran Sistem Online Unit Pusat Setempat (OSC) di Kompleks MPSP, Bandar Perda, Bukit Mertajam.
"Kadar penyelesaian dahulu 81 peratus. Tetapi, sehingga Oktober tahun ini, (kadar penyelesaian) 92 peratus bagi kedua-dua PBT (pihak berkuasa tempatan), ia meningkat 11 peratus," ujar beliau.
Pun begitu, beliau berkata kedua-dua PBT perlu terus meningkatkan kualiti perkhidmatan demi merealisasikan harakan Kerajaan Negeri sebagai "kerajaan berjiwa rakyat".
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow pula berkata, pihak berwajib seharusnya menekankan aspek kemanusiaan walaupun sistem OSC Online lebih berorientasikan internet.
"Internet bukanlah manusia, maka faktor manusia sangat penting untuk menjayakan OSC Online ini," kata beliau.
OSC Online dilancarkan pada 21 Mac 2007 oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Dengan pelancaran OSCĀ Online ini, semua proses permohonan dan pemprosesan di negeri ini akan dilaksanakan secara talian online.
Turut hadir, Yang DiPertua MPPP Patahiyah Ismail, Maimunah Mohd Sharif (Yang DiPertua MPSP), Saleh Man (Adun Permatang Pasir merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri) dan ahli majlis PBT lain.-END



