Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Datuk Zainal Abidin A’Ala turun padang bersama Jabatan Imigresen bagi mengetuai operasi mengejut ke atas lima premis urutan refleksologi di Bandar Baru Rawang kerana pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen perniagaan.
Dalam serbuan Ops Buah pada kira-kira jam 3 petang semalam itu, sebanyak 17 kompaun dikeluarkan pada pemilik lima premis terbabit kerana kesalahan termasuk memasang meter air tanpa kebenaran, tidak mempunyai lesen perniagaan, mengubah suai bangunan dan memasang papan iklan tanpa kebenaran.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan sumbangan RM25,000 kepada keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di Hulu Langat, kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Pakatan Rakyat tidak perlu risau dengan fitnah tidak berasas yang dilemparkan oleh Umno BN terhadapnya kerana parti-parti yang berada dalam Pakatan Rakyat adalah parti-parti yang proaktif.
Sebaliknya, ketika Umno BN yang sedang terdesak mengasak dengan pelbagai fitnah, Pakatan Rakyat tetap akan terus bekerja keras untuk ke hadapan bagi membantu dan mempertingkatkan hidup rakyat.