Pengerusi Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmat Isahak mendakwa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak seakan tidak membela Melayu yang bekerja dalam sektor swasta.
Ini kerana katanya, Bajet 2012 memperlihatkan bahawa hampir 80 peratus tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dipersetujui oleh Najib.
Ini kerana katanya, Bajet 2012 memperlihatkan bahawa hampir 80 peratus tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dipersetujui oleh Najib.
Najib katanya, seakan tidak memandang serius mengenai tuntutan-tuntutan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), antara lain termasuk polisi RM900 gaji minama.
"Mengenai gaji minima sektor swasta tidak langsung disentuh dalam bajet tersebut...(kecuali) caruman (KWSP) dinaikan ke 13 peratus kepada mereka yang menerima bulanan RM5,000 dan ke bawah.
"Skim persaraan swasta (SPS) masih menjadi teka teki....begitu juga dengan elaun sara hidup (COLA) yang pada masa ini dibayar kepada kakitangan awam (sahaja)," ujarnya di Komtar, Georgetown.
Bagi beliau, Melayu dalam sektor swasta lebih ramai berbanding dalam sektor awam. Sebanyak 1.3 juta Melayu dan bukan Melayu bekerja dalam sektor awam.
"Ramai orang Melayu juga terlibat dalam di sektor swasta dan mengapakah mereka diabaikan," soal beliau.
Bagi beliau, baik Melayu atau bukan Melayu dalam sektor swasta adalah tidak wajar dianaktirikan dalam Dasar Tranformasi nasional (DTN) yang mahu dilaksanakan Najib, yang juga Presiden Umno.
Pada 7 Oktober lepas, Najib dilihat seakan begitu mengutamakan sektor awam berbanding swasta dalam perbentangan bajet 2012. Berikut adalah pengumuman beliau mengenai sektor awam sahaja:
- Pembayaran bonus
- Kenaikan Gaji dalam skala yang lebih cepat di kalangan guru-guru
- Umur pesaraan wajib dilanjutkan sehingga 60 tahun
- Insentif untuk melanjutkan pelajaran dll



