Apalah dosa bayi ini sehingga disambut oleh ibu dengan beg pastik yang terikat kuat dengan baju lalu dibuang dalam tong sampah di Pangsapuri Taman Desa Jati, Nilai.

Sesungguhnya Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, menyelamatkan bayi malang itu dari dibunuh oleh ibunya sendiri.

Tangisan bayi yang bersabung nyawa dalam beg pasti itu mencuri perhatian seorang wanita berusia 40-an lain.

Masih ada yang sayang. Bayi itu diselamatkan oleh manusia berprikemanusiaan. Rancangan manusia berhati haiwan gagal.

Susulan insiden berkenaan kira-kira jam 7.30 malam kelmarin, Inspektor Floral Godrey Bedimus Johnie berkata, seorang wanita warga asing yang berkerja kilang di sekitar lokasi kejadian ditahan.

Mujur saspek bukan warganegara tempatan. Jika tidak, "hati Malaysia" sekali lagi terusik.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, bayi 2.5 kilogram itu dibawa ke Hospital Tuanku Ja'far, Seremban.

Bertuah, bayi yang cuba dibunuh dalam beg plastik tersebut kian sihat.

"Hasil siasatan awal, kami percaya saspek mahu bayi berkenaan mati berdasarkan caranya mengikat plastik dengan pakaian seperti mahu bayi itu lemas.

"Kami turut menjumpai pakaian seragam sebuah kilang bersama beberapa pakaian wanita dan pakaian itu membawa pada pertemuan wanita warga asing terbabit," katanya.

menggunakan pakai seragam itulah, beliau berkata, polis ke kilang berkenaan untuk mengesan saspek pembunuh berkenaan.

"Setiba di kilang, 200 pekerja wanita diperiksa dan siasatan mendapati seorang pekerja warga asing memakai tuala wanita yang dipenuhi darah walaupun tidak datang haid.

"Kami membawa wanita terbabit untuk pemeriksaan lanjut dan hasil laporan perubatan mendapati wanita berusia 24 tahun itu baru bersalin," tambah beliau.

Hasil siasatan lanjut ke atas wanita berkenaan, tambahnya lagi, saspek mengaku berzina dengan seorang suami yang sudah pun mempunyai anak dan keluarga.

Lelaki berkenaan, dilaporkan, bekerja di kilang yang sama dengan wanita malang tersebut.

"Mungkin takut rahsianya menjalinkan hubungan sulit hingga mengandung dan melahirkan anak 'pecah', suspek membuang bayi itu," ujarnya.

Saspek pembunuh diremen sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan.

"Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua"


PenangdailyTV

Facebook

Hubungi Kami

Editor in Chief
Hajeeanua
Email: anua@penangdaily.com
Facebook

Pengarang
Hafiz
Nujumraja
Buraqs

Webmaster
Muaz.net
Email: contact@penangdaily.com
Facebook

Pengurus Iklan
Buraqs
Email: ads@penangdaily.com