Seorang wanita warga Zambia hanya mampu menangis selepas diberkas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bersama-sama 770.02 dadah jenis methamphetamine.
Pelancong bernama Mailesi Phiri berhadapan hukuman gantung sampai mati sebagaimana yang ditetapkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Amin Firdaus Abdullah selepas berpuas hati mendengar hujah pembelaan yang dianggap gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dalam penghakiman, Mohd Amin berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan fakta serta bukti kes yang tidak boleh disangkal lagi.
"Sekiranya ada hukuman lain, nescaya akan dipertimbangkan.
"Bagaimanapun, menurut peruntukan undang-undang, hukuman bagi kesalahan mengedarkan dadah adalah hukuman mandatori. Maka dengan itu, tertuduh dihukum sampai mati," katanya.
Fakta kes mendedahkan, Mailesi dikatakan datang ke negara ini atas tiket pelancong, ditahan kerana mengedar dadah di LTAPP kira-kira 7.30 malam pada 8 Disember lepas.
Tertuduh kemudiannya disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membolehkan dia digantung sampai mati.
Tertuduh diwakili oleh S Yagoo menentang Timbalan Pendakwa Raya Nur Sarah Dina Baharuddin.
Penangdaily: Jangan jadi keldai dadah!
Dalam perkembangan lain, dua warga Vietnam turut dihukum penjara selama 10 tahun kerana memiliki dua senjata tangan serta sarung senjata dalam operasi trafik Oktober lepas.
Ketetapan itu dibuat oleh Majistret Noor Aini Yusof selepas Trieu Chan Ta, 26, dan Hoang VanĀ Minh, 34, mengaku bersalah di kandang tertuduh tanpa diwakili peguam.