Prof Sr Omar Bin Munir hari ini bersetuju menjadi pengerusi Jawatankuasa Siasatan Tempat Letak Kereta Bertingkat di Bukit Bendera, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Datuk Farizan Darus (kanan).

Dalam satu kenyataan bertulis, Farizan berkata kerajaan negeri melantik ahli akademik dari Universiti Tunku Abdul Rahman itu bagi menggantikan Prof Madya Ir Haji Arazi bin Idrus yang meletak jawatan pada 6 Oktober lepas disebabkan beban tugas lain yang perlu dilaksanakan.

Ujar Farizan lagi, perlantikan Omar oleh kerajaan negeri berkuatkuasa pada 12 Oktober lepas.

Jawatankuasa siasatan yang baru akan dibantu oleh anggota Lembaga Jurutera Malaysia Pulau Pinang Ir Lim Kok Khong dan Ar Lawrence Lim Hua Kwang dari Pertubuhan Arkitek Malaysia.

Dengan perlantikan baru itu, diharap suatu laporan penuh siasatan diserahkan kepada kerajaan negeri selewat-lewatnya  pada akhir November depan.

22 September lepas, kerajaan negeri bercadang melantik bekas Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang, Shahawai bin Awang sebagai pengerusi jawatankuasa siasatan berkenaan.

Seminggu kemudian, Majlis Mesyuarakat Kerajaaan (MMK) bersetuju melantik Arazi bagi menyiasat dakwaan pihak pembangkang kononnya wujud unsur penyelewengan di sebalik reka bentuk parkir berkenaan.

Parkir berkenaan yang bernilai RM5 juta itu adalah projek kerajaan persekutuan yang diluluskan pada 2007, iaitu pada era Barisan Nasional memerintah Pulau Pinang.

-Buletin Mutiara



PenangdailyTV

Facebook

Hubungi Kami

Editor in Chief
Hajeeanua
Email: anua@penangdaily.com
Facebook

Pengarang
Hafiz
Nujumraja
Buraqs

Webmaster
Muaz.net
Email: contact@penangdaily.com
Facebook

Pengurus Iklan
Buraqs
Email: ads@penangdaily.com