Kerja-kerja menaik taraf Pasar Awam Ayer Itam, menerima RM87,518 lagi peruntukan tambahan dari Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagaimana yang dituntut oleh kaum peniaga di kawasan berkenaan.

Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, harga kontrak meningkat kira-kira 9.98 peratus disebabkan penambahan kerja itu tidak terkandung di dalam kontrak asal yang melibatkan kos kerja tambahan dan pindaan fizikal.

Harga asal berjumlah RM87,518. Harga selepas kos tambah berjumlah RM964,455.

"(Pertambahan kos) kerana kita menunaikan permintaan peniaga-peniaga di sini," ujar beliau semalam di Georgetown.

Bercakap pada majlis perasmian projek berkenaan semalam, beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, bajet tambahan tersebut diluluskan Majlis Lembaga Perolehan.

Tambahnya, pertambahan kos berkenaan juga selepas para peniaga berkenaan melalui pejabat Adun Air Itam, Wong Hon Wai membuat begitu banyak permohoan keperluan di Pejabatn Bangunan Negeri.

Dilaporkan, skop kerja yang asal hanyalah melibatkan beberapa bahagian seperti membina gerai 'lock up' baru, mencuci dan mengecat kemasan bumbung, membina kaunter dan kerja perparitan.

Manakala skop kerja tambahan yang dikemukakan membabitkan pindaan tandas awam baru, membekalkan kaunter kepada peniaga khinzir, menukarkan bumbung 'metal deck' dan membekalkan kaunter jenis konkrit kepada peniaga tauhu.

"peruntukan tambahan diperlukan dalam perlaksanaan kerja-kerja tambahan itu bagi menjayakan projek ini.

"Kita buat semua berdasarkan permintaan peniaga agar mereka selesa selaras dengan dasar yang kita amalkan iaitu Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang mengutamakan kehendak rakyat serta mendengar suara rakyat.

"Kita mahukan rakyat hidup dalam keadaan selesa dan ini (projek menaik taraf) adalah bukti Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) sentiasa mengutamakan rakyat," ujarnya.

Sebelum pada itu, dilaporkan, beliau turut meluangkan masa untuk beramah mesra dengan peniaga berkenaan selain menikmati sarapan salah salah sebuah gerai di situ.


PenangdailyTV

Facebook

Hubungi Kami

Editor in Chief
Hajeeanua
Email: anua@penangdaily.com
Facebook

Pengarang
Hafiz
Nujumraja
Buraqs

Webmaster
Muaz.net
Email: contact@penangdaily.com
Facebook

Pengurus Iklan
Buraqs
Email: ads@penangdaily.com