Kemeriahan Hari Raya Korban semalam menjadi mimpi negeri bagi sebuah keluarga di Kubur Panjang, Pendang Kedah apabila anak bongsu mereka ditemui mati lemas dalam sungai.

Mohd Shahrol Nizam Idris, 11, menjadi korban di Sungai Rambai, Kampung Lubuk Batu yang kira-kira sekilometer dari rumah mereka pada 1.30 petang semalam. Dua rakan mangsa selamat.

Anak bongsu dari enam beradik itu bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kubur Panjang. Hasrat ibu bapa melihat anak itu menduduki peperikasaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) turut terkorban.

Mangsa khabarnya tersangkut pada tandup dibawa ke tebing sungai oleh rakan-rakannya sebelum dihantar oleh penduduk kampung ke Klinik Kesihatan Kubur Panjang, dan disahkan meninggal dunia. Lapor Sinar Harian.

Arwah kemudian dihantar ke Balai Polis Kubur Panjang sebelum dibawa oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pendang dan polis ke Unit Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.

Dilaporkan, Ketua Polis Pendang, Deputi Superintendan Abdul Aziz Ahmad pada satu reaksi spontan mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Ayah mangsa sedih kerana anaknya terkorban pada Hari Raya Korban.

"Selepas memeluk saya, dia yang ketika itu memakai baju Melayu berwarna kuning air tidak terus pulang ke rumah sebaliknya menunggang motosikal saya dan bersiar-siar dengan kawan-kawannya di sekitar kampung.

"Kira-kira jam 1.30 petang, seorang rakannya datang ke rumah memaklumkan bahawa arwah lemas ketika mandi di sungai, dia tahu berenang malah hampir setiap hari mandi di sungai itu bersama kawan-kawannya," kata Idris Mat Hashim, 49.

Insiden tersebut, menurut beliau, di luar sangkaannya kerana kali terakhir melihat anaknya ialah ketika bersalam dan memeluknya selepas selesai solat sunat Aidiladha.

Katanya lagi, anak bongsunya itu sangat manja dengannya namun tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kejadian itu.

"Kehilangannya sangat dirasai apatah lagi saya sendiri yang mengangkat mayatnya dari tebing sungai," katanya.

Jenazah Mohd Shahrol Nizam akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ga, Kubur Panjang. -END


PenangdailyTV

Facebook

Hubungi Kami

Editor in Chief
Hajeeanua
Email: anua@penangdaily.com
Facebook

Pengarang
Hafiz
Nujumraja
Buraqs

Webmaster
Muaz.net
Email: contact@penangdaily.com
Facebook

Pengurus Iklan
Buraqs
Email: ads@penangdaily.com