Sejumlah AS$6.1 bilion telah dikirim pulang oleh tenaga kerja Indonesia ke negara asal mereka dari Januari hingga November 2011 dan daripada jumlah itu, AS$2.1 bilion (kira-kira RM7bilion) adalah dari Malaysia. Itulah angka yang tercatat di bank pusat Bank Indonesia (BI) dan ia tidak termasuk wang yang dikirim secara langsung oleh mereka dan melalui institusi bukan bank, yang tidak direkodkan BI.
Pengarah Pemberdayaan Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) Baslian Krisnayoza berkata, kiriman wang berjumlah AS$6.1 bilion itu adalah daripada tenaga kerja Indonesia yang bekerja di kawasan Asia, Timur Tengah dan Afrika, Amerika serta kawasan Eropah dan Australia.
Honda mula memusnahkan 1,055 kereta buatannya yang tenggelam dalam banjir di Thailand baru-baru ini.
Proses memusnahkan kenderaan di kilang Honda di tengah wilayah Ayutthaya itu dijangka mengambil masa selama sebulan. Kilang di Taman Industri Rojanam itu, merupakan kawasan yang ditenggelami air pada Oktober lalu.
Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil dicabar meletakkan jawatan ekoran kontroversi projek lembu fidlot (NFC) demi menjaga maruah seorang wanita dan martabat negara.
Ketua Wanita PKR, Zuraidi Kamarudin berkata, Shahrizat perlu berbuat demikian untuk menjaga maruah beliau sebagai seorang wanita.
Writ saman tersebut yang difailkan pada 18 ogos lalu menamakan The Malaysian Insider Sdn. Bhd., pemiliknya, Jahabar Sadiq dan wartawan, Shazwan Mustafa Kamal sebagai defendan.
Tarikh 19 September ditetapkan untuk pengurusan kes tersebut di hadapan Hakim Harminder Singh Dhaliwal.
MINGGU lalu saya banyak juga memperkatakan berkenaan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju). Teraju dalam kolum saya itu mendapat pelbagai reaksi. Bagi yang bertanggungjawab atau berada dalam kapal Teraju, sudah pasti senak perut sedikit dengan tulisan itu. Namun di pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) usahawan atau individu Melayu yang terlibat secara terus dengan ekonomi Melayu rata-ratanya bersetuju dengan apa yang saya kata.
Lebih menarik apabila ada yang menghubungi saya beberapa hari lalu yang meluahkan rasa kecewa menghadiri satu program Teraju di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang dilihat tidak memberi harapan besar kepada pembangunan ekonomi orang Melayu seperti diharapkan.Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mahu kerajaan menetapkan gaji minimum melebihi RM900 bagi golongan berpendapatan rendah di negara ini menjelang akhir tahun ini, kata Presidennya, Mohd Khalid Atan.
Beliau berkata, jumlah minimum RM900 kini tidak lagi relevan ekoran kenaikan kos sara hidup pada masa kini.
"Gaji minimum itu sudah diperjuangkan 11 tahun lalu. Jika kerajaan beri lebih, ia petanda baik tetapi kalau RM700, jumlah itu tidak lagi praktikal pada masa sekarang," katanya kepada mStar Online, Rabu.
Muka surat 1 daripada 2