Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil dicabar meletakkan jawatan ekoran kontroversi projek lembu fidlot (NFC) demi menjaga maruah seorang wanita dan martabat negara.
Ketua Wanita PKR, Zuraidi Kamarudin berkata, Shahrizat perlu berbuat demikian untuk menjaga maruah beliau sebagai seorang wanita.
Zuraida mengulas mengenai budaya hormat wanita yang dianjurkannya sebagai budaya politik baru untuk memartabatkan negara.
Manakala ketika bercakap dalam sidang akhbar selepas itu, Zuraida berkata: "Kita mengangkat budaya hormat wanita, maka wanita harus hormat kepada dirinya dulu, bermula dengan Datuk Shahrizat".



