Kolum

Saya dah tulis bahawa penentang tuntutan rakyat supaya diadakan pilihan raya adil dan bersih adalah anjing-anjing tauke-tauke Cina. Banyak aktiviti puak itu merembat duit menjadi dokumen sejarah.

Sebahagian besar dokumen itu membuktikan mereka adalah anjing-anjing tauke-tauke Cina.

Baca Lagi...

Taliban mencabar Mufti Perak menyemak Perlembagaan Negara sebelum mengeluarkan kenyataan yang dangkal serta mengklasifikasikan Himpunan Bersih itu haram.

"Himpunan Bersih itu bukan haram.. kerana tujuannya adalah jelas untuk menuntut keadilan, tetapi media dan kerajaan yang mengklasifikasi sebaliknya, dan ia sama sekali tidak menyanggahi Perlembagaan Negara," kata Alfadhil Ustaz Norazli Musa

Baca Lagi...

B.L.O.G | Sejak tahun lepas, Jawatan-kuasa BERSIH 2.0 telah menetapkan bahawa Perhimpunan BERSIH 2.0 akan diadakan pada 9hb. Julai, 2011 di Bandaraya Kuala Lumpur sepertimana Perhimpunan Sejuta BERSIH 2007 sekiranya Suruhanjaya Pilihan-Raya gagal memenuhi 8 Tuntutan BERSIH 2.0 dalam menambah-baik sistem Pilihanraya di Malaysia.

Ketika itu, PERKASA dan Pemuda UMNO Malaysia diam membisu. Suruhanjaya Pilihan-Raya pula dalam tempoh tersebut sentiasa berdolak-dalik setiap kali rundingan antara Jawatan-kuasa BERSIH 2.0 dan Suruhanjaya Pilihan-Raya cuba diadakan. 

Baca Lagi...

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) tetap berpendirian bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman.

Ia termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

 Suhakam mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun.

Ia terkandung dalam, antara lain, Laporan Tahunannya kepada Parlimen, serta permintaan bagi pemansuhan sub-seksyen (2), (2A) - (2D), (4), (4A), (5), (5A) - (5C), (7) dan (8) Seksyen 27 dan Seksyen 27A Akta Polis 1967.

Suhakam juga mengesyorkan agar pihak polis menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ianya perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan.

Sehubungan itu,  pihak berkuasa hendaklah membenarkan perhimpunan aman tersebut dijalankan.

Dan kepada pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab. 

Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu sewajarnya.

Pengerusi Suhakam
Tan Sri Hasmi Agam 
Polis diingatkan bahawa tindakan mereka kebelakangan ini yang menangkap orang yang memakai baju Bersih 2.0 sewenang-wenangnya akan menyebabkan ketidakpuasan hati rakyat, yang asalkan tertumpu pada

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertukar kepada pihak polis.
Tindakan polis kebelakangan ini akan menyebabkan rakyat yang asalnya tidak berpuas hati dengan SPR bertukar kepada polis.

Baca Lagi...

PenangdailyTV

Facebook

Hubungi Kami

Editor in Chief
Hajeeanua
Email: anua@penangdaily.com
Facebook

Pengarang
Hafiz
Nujumraja
Buraqs

Webmaster
Muaz.net
Email: contact@penangdaily.com
Facebook

Pengurus Iklan
Buraqs
Email: ads@penangdaily.com