Penyanyi Izwan Pilus,33, meninggal dunia di Hospital Ampang dipercayai akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Pengurusnya, Shaiful Shazwan berkata, Izwan meninggal dunia kira-kira pukul 6.15 petang, Jumaat.
Katanya, Allahyarham yang popular dengan laguĀ Kembali Senyumdimasukkan ke hospital pagi Jumaat akibat sesak nafas dan keadaannya semakin kritikal pada waktu petang.
"Allahyarham sempat bercakap dengan saya pagi tadi (Jumaat) dan dia kata dia sihat. Tidak sangka pula lain yang berlaku. Saya amat sedih," katanya.
Jenazah Allahyarham dijangka di bawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan.
Pada awal Disember lalu, Allahyarham bersama adiknya, penyanyi Aril dimasukkan ke Pusat Rawatan Islam dekat sini akibat demam panas berpanjangan.



