Perkasa beri angpau putih kepada kaum Tionghua

PERKASA ternyata tidak memahami budaya kaum Tionghua apabila menghadiahkan angpau bersampul berwarna putih sempena majlis sambutan tahun baru Cina di Kuala Lumpur semalam.

Setiausahanya Syed Hassan Syed Ali berkata, pihaknya tidak tahu bahawa warna putih digunakan untuk upacara kematian dan menyangka putih bermakna suci atau ikhlas.
"Sebab itu kami tidak tukar kepada warna lain sebab PERKASA tidak tahu sampul warna putih untuk majlis kematian.

"Kalau kami tahu, kami tidak gunakan sampul warna putih. Kami ikhlas dengan apa yang kami lakukan dan tiada niat lain," jelasnya.

"Sekarang bila sudah adakan majlis seperti itu baru kita faham. Kita tidak ada niat untuk tujuan lain apa lagi menghina, katanya lagi.


PenangdailyTV

Facebook

Hubungi Kami

Editor in Chief
Hajeeanua
Email: anua@penangdaily.com
Facebook

Pengarang
Hafiz
Nujumraja
Buraqs

Webmaster
Muaz.net
Email: contact@penangdaily.com
Facebook

Pengurus Iklan
Buraqs
Email: ads@penangdaily.com