Kolumnis 2

Taib dilindungi pihak tertentu

Keberanian Tan Sri Abdul Taib Mahmud menafikan dakwaan Dana Bruno Manser (BMF) bahawa kerajaan Switzerland sedang menyiasat asetnya dalam bank di negara berkenaan menggambarkan seolah-olah Ketua Menteri Sarawak dilindungi oleh pihak tertentu.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak Ahmad Nazib Johari ketika membuat andaian itu berkata, ini kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga ini belum melakukan siasatan ke atas Taib walaupun banyak aduan telah dibuat. 

Kata Nazib, Taib sendiri tidak pernah berusaha membersihkan pelbagai dakwaan terhadap dirinya termasuk mengenai kedudukan sebenar hartanah 'misteri' di negeri berkenaan seperti yang didakwa oleh banyak pihak.

Baca Lagi...

Pemahaman siasah orang Melayu perlu dipertingkatkan: Mat Sabu

HARAKAH: Perwakilan PAS telah memilih sdr sebagai Timbalan Presiden dalam muktamar lalu, bagaimana pula dengan sambutan pada peringkat akar umbi?

MOHAMAD SABU: Kehadiran wartawan pada muktamar kali ini luar biasa sekali. Khususnya liputan akhbar akhbar Cina begitu menggalakkan. Apabila keputusan pemilihan diumumkan, saya nampak sambutannya begitu ghairah terutama orang bawah, misalnya yang berada di khemah, Unit Amal, pemerhati, ahli PAS dan penyokong, yang meletakkan harapan cukup tinggi kepada PAS. Mereka berharap perubahan pimpinan akan mencetuskan satu ledakan.

Baca Lagi...

Phobia takut Utusan di tahap melampau

Utusan Malaysia memang berada pada tahap phobia melampau. Buktinya apabila ada sahaja perkara yang berbau seakan tidak memihak pada UBN, maka kesemua itu adalah bermotif politik. 
Lantaran sekalipun berkata benar dan menuruti perintah agama Islam, ia tetap dicurigai dan diprasangka buruk. Bacalah berita seterusnya berhubung khutbah Jumaat di negeri Selangor.

Baca Lagi...

Baldatun Toyibatun Warrabun Ghaffur : membentuk negara berkebajikan

SEPANJANG pimpinan Dr. Burhanuddin al-Hilmy dalam PAS banyak yang disarankannya tentang pengisian sebuah negara merdeka Islam mengikut konsep Baldatun Toyibatun Warrabun Ghaffur yang diterjemahkannya sebagai  membentuk negara berkebajikan yang mendapat restu – keredhaan – Allah.

Baca Lagi...

Umno mulai resah cuba memancing Nasharudin

Umno, melalui  perkakas media  Utusan Meloya seperti biasa mulai memain peranan untuk menyucuk jarum bagi memecahbelahkan perpaduan dalam PAS ekoran gagasan Negara Berkebajikan yang dicetuskan pada Muktamar Ke-57 minggu lepas.

Gagasan itu ternyata mencengkam kebimbangan Umno, sehingga melontarkan idea jahat yang baru (selepas gagal mengajak PAS bergabung) melalui media perkakasnya itu mempelawa mantan TPM PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyertai Umno.

Dalam ruangan "Cuit", media perkakas Umno itu ternyata seperti telah menerima arahan bahawa usaha perlu terus dilakukan untuk menjejaskan kewibawaan dan perpaduan dalam PAS setelah usaha mempelekehkan gagasan Negara Berkebajikan yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu dilihat gagal. 

Umpama meludah ke langit mengena muka sendiri, penulis upahan itu ternyata pedoman kerana menyifatkan kononnya PAS kini mula kehilangan arah, sedangkan ia kelihatan dengan jelas bahawa Umno semakin tidak mempunyai arah dan semakin keliru. 

Penulis berkenaan yang nampak  cetek ilmu politiknya mencadangkan Umno yang kononnya mempunyai  "cukup advantage serta kelebihan hasil muktamar PAS" supaya merebut peluang (dengan mempelawa Nasharuddin).

Menurut Utusan, penyertaan Nasharuddin dalam Umno mampu melengkapkan kekuatan Sekretariat Ulama Muda Umno atau iLMU bagi menghadapi PAS pada musim pilihan raya yang diramalkan paling awal November tahun ini.

 


Zainulfaqar Yaacob

PenangdailyTV

Facebook

Hubungi Kami

Editor in Chief
Hajeeanua
Email: anua@penangdaily.com
Facebook

Pengarang
Hafiz
Nujumraja
Buraqs

Webmaster
Muaz.net
Email: contact@penangdaily.com
Facebook

Pengurus Iklan
Buraqs
Email: ads@penangdaily.com