Anwar jelajah negeri Semenanjung

Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menemui rakyat melalui program jelajahnya ke seluruh negeri di Semenanjung Malaysia menjelang 9 Januari ini, iaitu tarikh mahkamah tinggi membuat keputusan berhubung dengan dakwaan terhadapnya.

Program jelajah bermula 3 Jan 2012 itu dirangka bagi memberi peluang kepada rakyat mendengar penjelasan dari Ketua Umum Keadilan itu mengetahui tentang isu-isu yang berlaku di dalam pentadbiran kerajaan Umno-BN.

Beliau juga dijangka memberi penjelasan terhadap isu fitnah II. Program ielajah itu akan bermula pada 3 Januari iaitu di Johor meliputi Daerah Ledang dan Muar, pada 4 Januari pula Anwar akan berada di Bandar Tampin, Negeri Sembilan dan di Bukit Katil, Melaka.

Manakala pada 5 Januari beliau akan menemui pengundi di Pahang iaitu di Bentong, Balok dan juga Indera Mahkota. Selepas itu beliau ke Dungun dan Kuala Terengganu sebelum ke Pasir Puteh dan Machang, Kelantan pada malamnya.

Untuk rangka program jelajah itu, Anwar dijadualkan berada di Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan di Kelana Jaya, Selangor pada 6 Januari.

Beliau akan bertolak ke Pulau Pinang pada 7 Januari dan selepas itu ke Terengganu bagi mengikuti Program Sambutan 100 tahun penubuhan Kerajaan Islam Terengganu di Kuala Berang.

Kemuncak program jelajah tersebut di Kelab Sultan Sulaiman pada 8 Januari pada jam 11 malam.  Program ini dirangka bagi membolehkan beliau menemui rakyat sebelum hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari bagi mengetahui keputusan terhadap isu Fitnah II terhadapnya.


PenangdailyTV

Facebook

Hubungi Kami

Editor in Chief
Hajeeanua
Email: anua@penangdaily.com
Facebook

Pengarang
Hafiz
Nujumraja
Buraqs

Webmaster
Muaz.net
Email: contact@penangdaily.com
Facebook

Pengurus Iklan
Buraqs
Email: ads@penangdaily.com