Pelbagai ubat bernilai RM1 juta yang dilaporkan hilang dari stor simpanan Hospital Kuala Lumpur (HKL), pada 24 Disember lalu ditemui disembunyikan di sebuah premis di Jalan Duta di sini, malam kelmarin dipercayai untuk dijual di pasaran gelap.
Penemuan semula ubat penyakit berkaitan saraf itu susulan soal siasat ke atas dua kakitangan HKL berusia 20-an dan 30-an yang ditahan, Khamis lalu, sehari selepas laporan polis dibuat berhubung kehilangan ubat berkenaan.
Penemuan semula ubat penyakit berkaitan saraf itu susulan soal siasat ke atas dua kakitangan HKL berusia 20-an dan 30-an yang ditahan, Khamis lalu, sehari selepas laporan polis dibuat berhubung kehilangan ubat berkenaan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata bekalan ubat itu ditemui selepas suspek membawa polis ke lokasi disembunyikan jam 7 malam kelmarin.
Bekalan ubat itu yang diimport dikatakan baru tiba di stor berkenaan dan belum sempat direkodkan dan kehilangan hanya disedari empat hari selepas kakitangan farmasi melakukan kerja merekod. Adalah difahamkan, kedua-dua suspek ditahan berkhidmat lebih dua tahun di HKL, malah mereka dipercayai mencuri bekalan ubat itu sedikit demi sedikit bagi mengelak kegiatan dihidu.Beliau ketika mengulas lanjut, berkata hasil siasatan setakat ini tidak menolak kemungkinan kegiatan itu sudah lama berlaku, namun tidak disedari kerana dilakukan secara terancang, selain membabitkan kerja berkumpulan.
Kedua-dua suspek ditahan reman sehingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri dalam bangunan dan mereka boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Bakri percaya kegiatan itu didalangi sindiket menggunakan ‘orang dalam’ HKL sebelum bekalannya dijual di pasaran gelap khususnya klinik persendirian.



