Ahad, 12 Februari 2012 08:38
Ditulis oleh SAKMONGKOL AK47
Baru2 ini saya membaca berita bahawa UMNO Kelantan akan meminta nasihat Tengku Razaleigh Hamzah menggenai usaha mereka merampas Kelantan. Kita tumpang gembira, UMNO mempunyai keyakinan seperti ini. Tapi ramai orang juga tahu, bahawa UMNO tidak ada pilihan lain kecuali bercakap besar. Jika tidak, semangat soldadu UMNO akan berkecai. Belum lagi masuk gelanggang, kita sudah tewas.
Tapi seperti kata orang Inggeris- mungkin Dato Mustapa has bitten more than he can chew. Sesudah memberitahu satu dunia yang UMNO akan rampas semula 23 kerusi, mungkin Tok Pa berfikir- bagaimana cara nya? PAS dan para penyokong nya dan rakyat Kelantan bukan nya lembu. Bagaimana meyakinkan mereka?
Bolehkah rakyat Kelantan di sogok dan di rasuah dengan pemberian RM500?