BOB Lokman sedia ditangkap

Bob Lokman sedia ditangkap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana berpendapat dirinya berada di pihak yang benar ketika memberi ceramah agama di sebuah masjid bulan lalu.

Jais pada Selasa mengumumkan bahawa waran tangkap ke atas Bob Lokman telahpun dikeluarkan Jumaat lalu kerana gagal hadir memberi keterangan sepertimana yang diarahkan berhubung ceramahnya tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat pada 10 Oktober lalu.

“Jika mereka hendak tangkap saya, silakan kerana saya akur dengan keputusan mereka yang menganggap saya bersalah.

“Sedangkan saya hanya memberi dakwah tentang apa yang saya fikirkan dan menjelaskan (kepada pendengar ceramah) mengapa saya perlu dekatkan diri dengan cara hidup seperti hari ini yang lebih menjurus kepada akidah dan tauhid,” katanya.

Lantaran itu, dia menolak dakwaan yang mengatakan dia menyampaikan dakwah di masjid untuk mempengaruhi perkembangan politik semasa. Saya tidak mencampurkan urusan politik di dalam masjid kerana saya hanya menyampaikan dakwah.

“Ini bersandarkan kepercayaan saya bahawa orang Islam tahu perkara yang nyata dan benar dalam masjid. Selagi tidak bualkan tentang perkara yang buruk, saya berada di pihak yang benar.

“Saya lakukan ini berlandaskan agama dan kebenaran,” katanya yang kini bekerja sebagai pendakwah dan berniaga barangan ibadat.



PenangdailyTV

Facebook

Hubungi Kami

Editor in Chief
Hajeeanua
Email: anua@penangdaily.com
Facebook

Pengarang
Hafiz
Nujumraja
Buraqs

Webmaster
Muaz.net
Email: contact@penangdaily.com
Facebook

Pengurus Iklan
Buraqs
Email: ads@penangdaily.com