Tragedi yang meragut tujuh pelajar dalam kemalangan sebuah MPV dengan treler dan sebuah kereta di Batu 6 Lekir, Jalan Sitiawan-Teluk Intan, Setiawan, malam kelmarin sepatutnya menjadi iktibar ekoran pemanduan yang boleh disifatkan kurang berhemah berasaskan kejadian.
Kejadian di ambang Tahun Baru 2012, kira-kira jam 10.30 malam itu turut mengakibatkan pemandu treler cedera parah, manakala tiga lagi penumpang dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Stream yang lebih muatan itu (dinaiki 10 orang) serta pemandu kereta jenis Honda Civic, cedera.
Kejadian di ambang Tahun Baru 2012, kira-kira jam 10.30 malam itu turut mengakibatkan pemandu treler cedera parah, manakala tiga lagi penumpang dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Stream yang lebih muatan itu (dinaiki 10 orang) serta pemandu kereta jenis Honda Civic, cedera.
Pemandu treler yang berasal dari Ayer Itam, Pulau Pinang dilaporkan parah di muka dan tangan serta masih dirawat di HSM, manakala pemandu kereta Honda Civic dilaporkan cedera ringan dan diberi rawatan pesakit luar.
Empat daripada yang maut adalah pelajar sekolah menengah. Mereka berusia antara 17 dan 22 tahun. Kesemua yang terbunuh dari Kampung Batu 14 Lekir, kecuali seorang dari Kampung Sungai Mekong, Jeli, Kelantan. Mereka termasuk adik beradik dan sepupu.
Kemalangan dilaporkan berlaku apabila Honda Stream dari arah Sitiawan memotong beberapa kenderaan dari sebelah kiri sebelum memasuki semula ke laluan di depan Honda Civic secara mengejut sehingga hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan serta bertembung dengan treler dari arah Teluk Intan.
Pertembungan mengakibatkan bumbung Honda Stream tercabut dan melayang kira-kira 50 meter dari tempat kejadian. Kenderaan itu berpusing dan terbalik beberapa kali sehingga beberapa penumpangnya terpelanting keluar, termasuk seorang yang terjatuh di atas kereta Honda Civic.
Treler pula terbabas ke kanan jalan dan merempuh beberapa gerai buah-buahan di tepi jalan sebelum terperosok ke dalam kebun kelapa sawit.
Keadaan di tempat kemalangan amat mengerikan apabila mayat bergelimpangan di tengah jalan dan ada yang tercampak sehingga ke laluan ladang sawit dengan satu mayat ditemui tanpa kepala dengan otak bersepai, mata tersembul dan isu perut terburai dengan cebisan daging dan otak bertaburan sehingga jarak 50 meter dari tempat kejadian.
Anggota bomba dan penyelamat terpaksa mengutip cebisan daging dan otak serta mencari kepala salah seorang mangsa yang kemudian ditemui tidak jauh dari situ.
Difahamkan, ketika kejadian, penumpang Honda Stream dalam perjalanan balik ke Kampung Batu 15 selepas selesai membeli barang keperluan dan bersiar sekitar Teluk Batik, manakala treler pula dalam perjalanan menghantar tong gas dari Port Dickson, Negeri Sembilan ke Pulau Pinang.
Ketua Trafik Daerah Manjung, Asisten Superintendan Ismail Munajat, berkata semua mayat dibawa ke HSM untuk bedah siasat pagi semalam dengan enam daripada mangsa dikebumikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Batu 15 sebelum Asar, manakala satu jenazah dibawa ke Jeli untuk dikebumikan di sana.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.



