RM300 juta untuk adakan PRU13

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan kos mengendalikan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan mencecah RM300 juta, meningkat RM100 juta berbanding pada PRU12.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, anggaran kos itu sekiranya pilihan raya diadakan serentak, termasuk di negeri diperintah Pakatan Rakyat.
Menurutnya, peningkatan kos itu disebabkan bilangan pemilih meningkat dan peralatan pilihan raya bertambah.

“Sekiranya kita mahu melaksanakan undi pos untuk pemilih di luar negara, ia turut membabitkan penambahan kos kerana untuk setiap pemilih, kos penghantaran adalah kira-kira US$10.

“Persediaan kita sekarang hanyalah persediaan awal. Kita masih dalam proses penye­diaan belanjawan dan masih menilai perkara yang perlu penambahbaikan supaya semuanya sempurna apabila pilihan raya diadakan nanti,” katanya.



PenangdailyTV

Facebook

Hubungi Kami

Editor in Chief
Hajeeanua
Email: anua@penangdaily.com
Facebook

Pengarang
Hafiz
Nujumraja
Buraqs

Webmaster
Muaz.net
Email: contact@penangdaily.com
Facebook

Pengurus Iklan
Buraqs
Email: ads@penangdaily.com