Nasional

Seorang imam yang diusir dari kuarters kediamannya atas dakwaan masalah disiplin bertindak membaling kasutnya ke arah panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan hari ini.

Kejadian sekitar jam 10 pagi itu berlaku apabila Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin menolak permohonannya supaya diberi kebenaran membuat rayuan.

Baca Lagi...

Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini bahawa Kelantan menjadi negeri miskin tercorot sejak diperintah kerajaan PAS adalah tidak wajar dan memalukan.

"Adalah tidak molek untuk seorang pemimpin negara bercakap sedemikian apatah lagi dengan nada menghina negeri tersebut semata-mata kerana Kelantan diperintah oleh kerajaan PAS.

"Kita tak boleh lah berbangga ini negeri sudah tidak miskin lagi, negeri Kelantan sudah jadi termiskin.

Baca Lagi...

Hasrat beberapa kerat berkepentingan untuk meratah harta rakyat khususnya Felda nampaknya terkantoi, apabila Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd (KPF) membatalkan mesyuarat agung  perwakilan khasnya (dijadual esok) setelah Mahkamah Tinggi Kuantan melarangnya daripada membincangkan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings di Bursa Malaysia.

Seramai 1,200 perwakilan KPF sepatutnya mengundi cadangan penjualan 51 peratus kepentingan dalam Felda Holdings Bhd dan di 10 subsidiari yang membabitkan FGVH pada mesyuarat berkenaan, esok.

Sekiranya, cadangan itu diluluskan, KPF akan memindahkan aset perniagaannya kepada FGVH.

Baca Lagi...

Ibrahim Ali tanpa segan silu mengajak Lim Guan Eng berdebat dengannya konon untuk membuktikan siapa sebenarnya yang rasis.

"Saya cabar Lim Guan Eng, untuk berdebat dan saya bersedia, debat atas tajuk " Who is more racist, DAP or PERKASA.

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali juga mencadangkan agar debat tersebut diadakan tanpa hadirin tetapi perlu disiarkan secara langsung di stesen TV dan dipengerusikan oleh moderator yang adil.

Baca Lagi...

Debatpun berakhir, dan canang pasti dipalu agar kedengaran Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek lebih kuat dan hebat daripada hjujahan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.  Media Umno-Bn tentu akan memihak pada Chua, meskipun ternyata Ketua Menteri Pulau Pinang itu tetap cool dan ada keberanian masuk ke gelanggang MCA.

Ternyata juga benar, Lim  bijak menjawab semua soalan, bukan seperti Chua yang kerapkali bermain retorik mengalih tumpuan daripada menjawab soalan.

Pada awalnya Lim juga sempat berkata sepatutnya debat itu antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Baca Lagi...

"All The Best."

Begitulah ungkapan saya pada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semasa berkesempatan melangkah masuk beberapa minit ke pejabatnya, petang semalam. Kelihatan meja beliau penuh dengan timbunan fail dan beliau sendiri sedang mengadap komputer. 

Sibuk..begitulah garapan hati saya yang terus terlintas dengan debat terhangat of the year 2012. Esok beliau akan berada di pentas debat dengan pimpinan MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung masa depan politik kaum Cina di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Baca Lagi...

National Feedlot Corporation (NFCorp) telah melanggar syarat perjanjian pinjaman dengan kerajaan persekutuan kerana dalam kata lain, telah berlaku kes pecah amanah, kata Datuk Seri Nazri Aziz.

 "Duit tersebut, yang seharusnya digunakan untuk tujuan penternakan lembu telah digunakan untuk tujuan lain. Dana berkenaan telah diserahkan berdasarkan projek yang diserahkab kepada NFCorp, yang mana mereka harus menternak lembu dan menjualnya dengan kadar yang lebih rendah,” jelas Nazri.

Baca Lagi...

Harga kereta penumpang di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding negara ASEAN lain berdasarkan analisis perbandingan ke atas beberapa model popular, demikian menurut analisis Institut Automotif Malaysia. 

Harga model Honda City dan Toyota Vios dari segmen 1,500 cc yang dijual di Thailand adalah purata 40 peratus lebih rendah berbanding harga jualan di Malaysia. 

Baca Lagi...

Raja Muda Perak Dr Raja Nazrin Shah menyelar mereka yang tidak amanah dalam menjalankan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sehingga ia gagal mencapai matlamatnya untuk membantu orang Melayu dan umat Islam.

Baginda bertitah akibat dari sikap itu, matlamat mahu mengimbangkan agihan ekuiti dalam kalangan ummah gagal dicapai dan dasar murni yang diwujudkan kerajaan itu pula dipersalahkan.

Baca Lagi...

Kena getah sungguh Kak Ijat kali ni, apabila Nazri Aziz minta Kak Ijat bayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat keluarganya. Gamaknya aper ler Kak Ijat nak jawab..tapi mudahnya nak lepaskan diri bukan dia yang pinjam tapi suami dia.

Namun, Penangdaily jangka Kak Ijat bakal naik angin ekoran nasihat Nazri itu. Iyelah sesama menteri...sama level katakan.
 
Kisahnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menasihati Menteri Pembangunan Wa­nita, Keluarga dan Masya­rakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya untuk projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Baca Lagi...

PenangdailyTV

Facebook

Hubungi Kami

Editor in Chief
Hajeeanua
Email: anua@penangdaily.com
Facebook

Pengarang
Hafiz
Nujumraja
Buraqs

Webmaster
Muaz.net
Email: contact@penangdaily.com
Facebook

Pengurus Iklan
Buraqs
Email: ads@penangdaily.com