Nasional

Perdana Menteri dijangka merombak Kabinetnya bulan ini dan menunda tarikh pilihan raya ekoran skandal yang membabitkan sekurang-kurangnya dua menterinya, menurut sumber dalaman Umno.

Pegawai kanan Pejabat PM sudah menyenaraikan menteri dan timbalan menteri yang berpotensi dan dilihat sebagai orang Najib untuk menjalankan Model Ekonomi Baru (NEM) dan transformasi politiknya untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Dato Seri Najib Razak memerlukan lebih ramai orangnya di Kabinet. Beliau perlu menggantikan mereka kerana dilihat sebagai pencemaran untuk menghadapi pilihan raya,” menurut pembuat dasar Umno yang mempunyai hubungan rapat dengan presiden, sambil merujuk kepada skandal Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkaitan hal ehwal keagamaan, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, dan timbalan menteri Datuk Awang Adek Hussin, yang mengaku menerima sumbangan kewangan.

Baca Lagi...

Edar risalah kronologi kes Anwar Ibrahim kena berkas. Tiga belas anggota PKR Kelantan ditahan polis di dua lokasi berlainan di negeri Cik Siti Wan Kembang itu semalam kerana mengedar dan memilik risalah berkaitan kronologi perbicaraan Liwat II terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tujuh daripada mereka, termasuk ketua penerangan PKR Kelantan Roslan Puteh, ditahan di Tanah Merah ketika mengedar risalah tersebut di sebuah pasar pada kira-kira jam 3 petang.

Baca Lagi...

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 2 hingga 6 April depan untuk perbicaraan kes saman malu RM30 juta yang difailkan pengerusi badan perhubungan Umno Pulau Pinang terhadap Lim Guan Eng kerana mendakwa Umno terbabit dengan demonstrasi dan cubaan membakar ibu pejabat DAP di Pulau Pinang.

Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah menetapkan tarikh itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam Jahaberdeen Mohamed Yunoos yang mewakili Datuk Zainal Abidin Osman, 51, dan peguam Latheefa Koya yang mewakili Ketua Menteri itu selaku defendan.

Baca Lagi...

Umno Pulau Pinang sudah menemui jalan kehancuran apabila suara lantang Pengerusi Umno Pulau Pinang, Zahid Hamidi yang mahukan Umno memegang jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang telah tidak dihiraukan rakan komponennya Gerakan dan MCA.

Umno yang kononnya mempertahankan suara Melayu kini terpaksa tunduk pada Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan yang telah dilantik sebagai pengerusi baru BN Pulau Pinang, mengantikan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Baca Lagi...

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bersetuju melaksanakan beberapa pindaan segera untuk menambah baik Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata JPA bersetuju membuat pindaan segera dalam taklimat dan rundingan lebih empat jam yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Baca Lagi...

Kabinet belum memutuskan sama ada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil harus meninggalkan kabinet berikutan skandal Pusat Fidlot nasional (NFC) yang bernilai RM250 juta, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin hanya menggelengkan kepala dan berkata, “Tidak, tidak,” bila ditanya sama ada kabinet sudah memutuskan Menteri pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat itu harus kekal dikabinet atau tidak.

Baca Lagi...

Mahasiswa yang terlibat dengan sebarang kegiatan pelampau di luar universiti akan dikenakan tindakan gantung pembelajaran ataupun gugur taraf sebagai seorang mahasiswa.

Timbalan Penasihat Kanan Pejabat Perundangan Universiti Sains Malaysia (USM), Khirul Anuar Che Azmi berkata, hukuman yang dijatuhkan bergantung kepada peraturan yang sedia ada.

Baca Lagi...

Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang menyiasat dakwaan konon setiausaha sulitnya ada menerima sogokan.

Timbalan Perdana Menteri tidak tahu menahu berhubung sebarang salah laku tetapi berjanji akan melihatnya secara mendalam.

"Saya hanya membacanya di blog. Saya, apa-apa pun akan teliti perkara ini.  Kalau apa-apa pun perkara berkaitan dengan sesiapa pun, dengan jabatan saya pun, saya akan kaji," katanya kepada pemberita.

Baca Lagi...

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang telah memutuskan Utusan Malaysia bersalah memfitnahkan Ketua Menteri secara menipu, tidak jujur dan berniat jahat, dalam rencana yang bertajuk “Kebiadaban Lim Guan Eng” yang diterbitkan pada 20.12.2010, dan diperintahkan membayar gantirugi am dan gantirugi keterlaluan RM200,000 serta kos  RM25,000.

Utusan Malaysia sebelum ini berbohong dan secara tidak benar menyifatkan Guan Eng sebagai anti-Melayu dan anti-Islam.

Baca Lagi...

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini mendapati  Utusan Malaysia bersalah memfitnah Lim Guan Eng berhubung berita  bertajuk 'Kebiadaban Guan Eng’ yang diterbitkan pada 20 Disember tahun lalu.

Sehubungan itu, Utusan diarahkan membayar pampasan RM200,000 kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu dan RM25,000 lagi sebagai bayaran kos.

Baca Lagi...

PenangdailyTV

Facebook

Hubungi Kami

Editor in Chief
Hajeeanua
Email: anua@penangdaily.com
Facebook

Pengarang
Hafiz
Nujumraja
Buraqs

Webmaster
Muaz.net
Email: contact@penangdaily.com
Facebook

Pengurus Iklan
Buraqs
Email: ads@penangdaily.com