Jika anda seorang wanita berusia 30-an dan mempunyai ijazah sarjana di Korea Selatan, anda mungkin memerlukan pencari jodoh untuk membantu anda menemui cinta, dan ibu anda yang bimbang mungkin terpaksa bekerja keras mencarikannya untuk anda.
Wanita Korea Selatan yang memiliki pendidikan tinggi didapati lebih memilih dan tidak mahu menjadi isteri yang hanya taat kepada suami seperti selalu.
Dua Exco Kerajaan Negeri Kedah menafikan laporan sebuah portal berita yang mendakwa Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkeras mahu memberikan kontrak bernilai RM600 juta kepada syarikat yang mempunyai hubung kait dengan Umno.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Kedah, Abd Ghani Ahmad berkata, dakwaan berkenaan tidak benar kerana Azizan tidak pernah berbuat demikian.
"Pemberi projek mesti melalui tender terbuka dan semua syarikat tidak kira dimiliki oleh sesiapa pun boleh dipertimbangkan sekiranya memenuhi kriteria," katanya.