Nasional

Dua exco Kerajaan Pulau Pinang menjadi mangsa provokasi pihak tertentu menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) secara liar.

Mereka, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Dato' Mansor Othman dan Adun Batu Maung, Abdul Malik Abul Kasim.

SMS liar itu berbunyi, JOM KITA AMIK DUIT BELANJA RM200 SEORG & T SHIRT 'BERSIH' UTK DIPAKAI DALAM 'PERHIMPUNAN BERSIH' DI KL. DAPATKN DARI YB MALIK KASIM DI NO 3 JALAN JELITI, SUNWAY TUNAS, JLN PMTG DAMAR LAUT, BYN LEPAS, DAN YB MANSOR OTHMAN, 66. TKT NIBONG KECIL 12, TMN SRI NIBONG, SG NIBONG, MULAI 6 PTG INI. DTG CEPAT SEBELUM HABIS. HEBAHKAN KPD SDRA2 KITA. Dapt msg dri seorg

Baca Lagi...

Kerajaan Turki hari ini menyatakan hasrat untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelaburan pilihan kerana yakin dengan prestasi pelaburan asing langsung (FDI) di negeri pimpinan Pakatan Rakyat itu.

Hasrat tersebut disampaikan sendiri oleh Hasan Onal (gambar bawah), Penasihat Perdagangan Turki di kedutaan, Kuala Lumpur kepada Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Dato' Mansor Othman.

Baca Lagi...

Dikemaskini 4.00 petang Selepas mengadap Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong di Istana Negara, Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) bersetuju untuk berdemontrasi di stadium pada Sabtu ini, tetapi masih belum menentukan stadium pilihan.

Presidennya Datuk S Ambiga berkata "ya", keputusan tersebut disifatkannya sebagai "tolak-ansur" demi menjunjung titah khas khas Seri Paduka.

Baca Lagi...


Datin Paduka Marina Mahathir membidas tindakan polis menangkap hampir 200 penyokong Himpunan Aman Bersih 2.0 dengan menyifatkannya sebagai satu tindakan pihak yang takut tanpa bersebab.

“Hanya mereka yang takut akan menangkap orang yang memakai kemeja-T,” beliau memberitahu sidang media bersama wakil pertubuhan bukan kerajaan yang menganjurkan Bersih.

Baca Lagi...

Menggunakan taktik tipu, kahwin, curi dan menghilangkan diri, seorang wanita dikatakan mengaut keuntungan jutaan ringgit daripada beberapa ‘suaminya’ dengan mangsa terbaru seorang ahli perniagaan Palestin yang mendakwa kerugian hampir RM1 juta.

Alaa A M Aldunna, 32, berkata perkahwinannya dengan wanita tempatan berusia 29 tahun itu berlangsung November tahun lalu selepas berkenalan dengannya di sebuah hotel, di Kuala Lumpur. 

[gambar: KESAL...Alaa menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.] 

Baca Lagi...

Dato' Mansor Othman menggesa sayap muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertahankan kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang daripada digulingkan oleh Umno melalui demontrasi haram jalanan yang agresif lagi ganas, seperti yang berlaku Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang itu berkata demikian pada Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang 2011 kerana  demontrasi haram ala 'Tentera Merah' yang agresif seperti Jumaat lalu adalah satu perbuatan yang boleh menggugat keharmonian hidup rakyat, di samping menjejaskan imej negeri di mata pelabur asing.

Baca Lagi...

Tinggal empat hari berbaki sebelum perhimpunan aman yang dijangka akan disertai lebih 300,000 di ibunegara pada 9 Julai ini, PAS pula berdepat dengan tangkapan awam oleh pihak polis.

Seramai 17 aktivis PAS termasuk pemimpin parti itu ditangkap di Pejabat PAS Kawasan Jasin, Melaka kira-kira jam 2.15 petang tadi; lalu dibawa ke ibupejabat polis daerah berkenaan kerana didakwa terbabit menghasut rakyat menyertai perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0).

Baca Lagi...

Amarah rakyat terhadap Barisan Nasional tidak dapat dihentikan lagi walaupun Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein nekad menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ordinan Darurat hatta kerahan tentera demi menghalang perhimpunan aman Bersih 2.0 yang dirancang pada Sabtu ini di ibunegara.

Justeru kata Ketua Penerangan PAS Pusat Tuan Ibrahim Tuan Man, kerajaan pusat yang diteraju Barisan Nasional dan Umno wajar mencontohi teguran Khalifah Umar Abdul Aziz kepada seorang gabenornya dalam menangani kebangkitan dan kemarahan rakyat sebelum terlambat.

Baca Lagi...

Berang dengan kain rentang bertulis "Umno BN Pengkhianat Nafikan Royalti Kelantan!!!" yang digantung di jejantas berhampiran Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Baru, lima sukarelawan Gerakan Anak Muda Kota Bharu Tuntut Royalti Minyak (Geram) hampir dibelasah oleh lebih 30 samseng yang dipercayai pemuda Umno tempatan.

Menurut 'Topeng Perak Unmasked', pemilik blog Perisik Rakyat, kejadian tersebut berlaku kira-kira 10.30 malam tadi.

Baca Lagi...

Umno Pulau Pinang jelas berbohong apabila menafikan tidak terbabit dalam demo jalanan haram pro Umno di Komtar dan Jambatan Pulau Pinang, sedangkan Senator Umno Ezam Mohamad Nor dirakam menyertai perarakan 1 Julai itu.

Penahanan Ezam oleh polis juga membuktikan UMNO Pulau Pinang terbabit.

Umno ternyata tidak mempunyai keberanian untuk mengakui terbabit dalam demonstrasi agresif yang turut mengakibatkan kesesakan lalulintas kira-kira 10km dan keganasan terhadap  dua wartawan, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Baca Lagi...

PenangdailyTV

Facebook

Hubungi Kami

Editor in Chief
Hajeeanua
Email: anua@penangdaily.com
Facebook

Pengarang
Hafiz
Nujumraja
Buraqs

Webmaster
Muaz.net
Email: contact@penangdaily.com
Facebook

Pengurus Iklan
Buraqs
Email: ads@penangdaily.com