Nasional

Malaysia akan muflis menjelang 2019 dengan hutang negara dijangka melonjak sehingga mencapai RM1,300 bilion jika Umno-BN masih mengekalkan pengurusan perbelanjaan dan pinjaman yang tidak bertanggungjawab, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Sehubungan itu, kata Lim, untuk menyelamatkan negara daripada menjadi muflis, rakyat perlu menukar kerajaan pada pilihan raya umum ke-13.

“Pengesahan dari MIER bahawa Malaysia akan bankrap menjelang 2019 dengan nisbah hutang kepada KDNK 100%, menunjukkan keperluan untuk menukar kerajaan dalam pilihan raya Umum akan datang supaya PR boleh menyelamatkan negara daripada kemuflisan,” kata Lim dalam satu kenyataan media.

Baca Lagi...

Datuk Dr Hassan Ali sewajarnya berundur secara terhormat dengan meletakkan jawatan sebagai exco Selangor selepas disingkirkan daripada PAS.

Hassan bagaimanapun tanpa segan silu berusaha mempertahankan kedudukannya dengan mengaitkan kedudukannya dengan perkenan Sultan Selangor, iaitu jika mahu melucutkan kedudukannya sebagai exco mesti mendapat perkenaan Sultan.

Ini bererti Hassan sudah terhidu jalan untuk membina benteng yang mungkin "menyukarkan" kerajaan negeri Selangor untuk melucutkan jawatannya. Hassan ternyata bijak dengan helah terbaiknya mengaitkan kedudukannya dengan pihak Istana.

Baca Lagi...

Bekas menteri Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir berkata keputusan pembebasan DS Anwar Ibrahim "tidak cukup" untuk menepis persepsi rakyat terhadap kebebasan institusi badan kehakiman daripada pengaruh kerajaan.

"Ini tidak cukup... Saya harap ia permulaan yang baik, peluang keemasan untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya supaya kita semua dapat tidur nyenyak," kata Veteran Umno itu.

Baca Lagi...

Seratus ribu orang dijangka menghadiri Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 yang akan berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar 14 Januari ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi merangkap Pengarah Sekretariat Konvensyen berkata, pemilihan Kedah sebagai tuan rumah untuk program itu kali ini sangat bermakna kepada seluruh rakyat negeri itu.

Baca Lagi...

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibebaskan daripada tuduhan liwat di mahkamah hari ini, akan mengetuai satu konvoi berkenderaan bermula dari Sungai Buloh.

Konvoi yang akan bermula jam 1 tengahari itu akan menuju Permatang Pauh (kawasan Parlimen yang diwakili Anwar). Adalah dijangkakan ratusan kenderaan yang turun untuk mengikuti kes keputusan kes berkenaan akan bersama-sama mengiringi konvoi berkenaan.

Pada malam ini Anwar dijadualkan berceramah di tapak ekspo Seberang Jaya, yang turut dijangka  disertai Ketua Menteri Lim Guan Eng.
 
Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan Dato Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebas dan dilepaskan.
Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.
"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik.

"Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful."

Isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan menanggis sambil memeluk suaminya dalam kegirangan.
Seluruh mahkamah kecoh seketika dengan penyokong Anwar menjerit gembira.

Sebelum itu, Hakim memulakan persidangan pada kira-kira jam 9.20am denganmengambil tempatnya.

Mesyuarat PAS Pusat hari ini membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) untuk memecat keahlian Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta. Berikut Kenyataan Media Presiden PAS berhubung perkara itu:

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

Pengawal peribadi presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dimasukkan ke hospital semalam selepas disyaki diserang dan  didakwa dicederakan dengan objek tajam yang beracun.

Menurut seorang pembantu Datuk Seri Anwar  Ibrahim, kejadian itu berlaku selepas tamatnya satu ceramah ketua umum PKR itu sempena pelancaran LANG-GAR 901 di Galeri Pejuang, Cherok Tok Kun Pulau Pinang yang juga adalah kampung halamannya.

Baca Lagi...

Perhimpunan 901 pasti aman dan teratur jika orang jahat tidak melakukan kekacauan dan provokasi, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Malahan, beliau mengingatkan, jika berlaku sebarang kekacauan dan kekecohan dalam perhimpunan untuk membantah rekayasa politik ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, pihak yang bertanggungjawab ialah pihak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein sendiri serta parti yang turut dipimpinnya, Umno.

Baca Lagi...

Polis akhirnya berlembut sedikit dengan kenyataan membenarkan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perhimpunan Isnin ini, tetapi bukan di hadapan Kompleks Mahkamah, di Jalan Duta.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pihak penganjur perlu bertemu dengan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh bagi membincangkan lokasi yang bersesuaian untuk mengadakan perhimpunan itu.

Baca Lagi...

PenangdailyTV

Facebook

Hubungi Kami

Editor in Chief
Hajeeanua
Email: anua@penangdaily.com
Facebook

Pengarang
Hafiz
Nujumraja
Buraqs

Webmaster
Muaz.net
Email: contact@penangdaily.com
Facebook

Pengurus Iklan
Buraqs
Email: ads@penangdaily.com