Perbezaan ideologi politik kepartian tidak pernah menghalang Lim Guan Eng untuk turun bertandang ke Kampung Pulau Mertajam, Penaga yang dikatakan sebagai kubu kuat pihak pembangkang.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu meraikan "Adat Berendoi" (bawah) yang menjadi salah satu kebudayaan Melayu-Islam di kediaman Datuk Ahmad Jaafar, di sini.

BerendoiSelain kenduri kesyukuran dan dendangan marhaban mendoakan kelahiran baru cahaya mata, mencukur rambut dan membelah mulut (tahniq) yang menjadi sunnah Rasulullah s.a.w turut dilakukan dalam majlis berkenaan.

"Yang penting, jangan lupa untuk daftar cucu di bawah Program Anak Emas yang melayakkan cucu Datuk menerima RM100 daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang," seloroh Guan Eng sambil merakamkan tahniah kepada Ahmad kerana menerima cucu kedua, Mohamad Rizki Rayyan Mohd Mustakim.

LGE_makan_kenduriAhmad dalam satu reaksi spontan merakamkan penghargaan atas kesederhanaan Guan Eng bertandang ke rumahnya.

Ahmad_Jaafar"Kampung ini mungkin antara beberapa kampung yang masih meraikan adat Melayu. Sejak tahun lepas lagi, Adat (Berendoi) ini dihidupkan semula di rumah ini kerana kata orang tua-tua 'biar mati anak, jangan mati adat'.

"Walaupun kampung saya ini ramai (penyokong) Umno, datanglah selalu ke sini. Saya tidak kisah pemimpin PAS atau DAP selalu turun ke sini sebab dua cucu saya ini sendiri dibelah mulut (tahniq) oleh (PPK Penaga merangkap Yang DiPertua PAS Kawasan) Ustaz Rosidi Hussain sendiri," ujar Ahmad (kanan) semalam.

Ayah kepada Mohamad Rizki Rayyan, Mohd Mustakim Ahmad (bawah) turut melahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang kerana memelihara kebajikan rakyat.

"Saya rasa berbesar hati lah kerana kampung saya dikunjungi oleh seorang ketua menteri, saya ucap terima kasihlah kepada beliau (Guan Eng) kerana hadir majlis anak saya," ujar beliau.
Keluarga_Rizki_Rayyan
Sebelum pada itu, Guan Eng menyerahkan RM5,000 sumbangan dari peruntukan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang berupa seragam sekolah kepada 70 murid-murid terpilih di sekitar Penaga.

Beliau turut menghadiri beberapa keraian rakyat di Pusat Perlindungan Mangsa Banjir Kampung Bongor dan Kota Aur, di Penaga.


LGE_lihat_sungai
[Caption: KM diberi penjelasan mengenai pemuliharaan sungai di Kampung Pulau Mertajam]


lihat_nasi_kawah
[Caption: Cuba dekati budaya kenduri-kendara masyarakat Melayu Penaga]


LGE_bersama__Melayu_tempatan
[Caption: Melayu tempat bersama Guan Eng]


kenduri
[Caption: Kemeriahan kenduri kendara]


LGE_beri_sumbangan
[Caption: Kelahiran Mohamad Rizki Rayyan diraikan]


PenangdailyTV

Facebook

Hubungi Kami

Editor in Chief
Hajeeanua
Email: anua@penangdaily.com
Facebook

Pengarang
Hafiz
Nujumraja
Buraqs

Webmaster
Muaz.net
Email: contact@penangdaily.com
Facebook

Pengurus Iklan
Buraqs
Email: ads@penangdaily.com