Tindakan memberikan “hadiah” pakaian dalaman kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng adalah perbuatan tidak berakhlak dan melanggar amalan orang Melayu.

Pensyarah Faulti Pengajian Islam UKM Dr Mohd Razak Idris berkata, pihak berkenaan hendaklah memohon maaf kepada Lim kerana telah melanggar batas sosial yang dianjurkan Islam.

Kelmarin Mohamed Ghani Abdul Jiman, peniaga barangan kulit yang gagal mendapatkan lot gerai di Komtar “menghadiahkan” dua coli dan seluar bercorak harimau bintang kepada Lim sebagai meluahkan rasa tidak puas hati.

Beliau berkata, sebarang pertikaian politik hendaklah dibuat melalui saluran yang betul dan bukan bertindak di luar batasan.

“Saya berharap supaya sebarang pertikaian politik dan ketidakpuasan hati tentang urusan pentadbiran negeri diluahkan dengan cara yang beradab pada masa akan datang.

“Jangan sesiapa merosakkan imej baik umat Islam yang menjunjung tinggi ketinggian budi dengan perbuatan yang berunsur biadap seperti itu ” katanya.



PenangdailyTV

Facebook

Hubungi Kami

Editor in Chief
Hajeeanua
Email: anua@penangdaily.com
Facebook

Pengarang
Hafiz
Nujumraja
Buraqs

Webmaster
Muaz.net
Email: contact@penangdaily.com
Facebook

Pengurus Iklan
Buraqs
Email: ads@penangdaily.com