Tiga nama  termasuk Pak Lah atau Abdullah Abdul Karim  nampaknya tidak tersenarai dalam  "kabinet"  atau jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) sesi 2011/12.

Dua nama lagi ialah Naib Ketua Pemuda PAS Pusat Ahmad Sabki Yusof dan Pengerusi Lajnah Pembangunan Mahasiswa Muhd Ramadhan Fitri Elias.

Pak Lah  khabarnya disingkirkan kerana didakwa paling lantang menentang gagasan "Kerajaan Perpaduan"  yang membabitkan beberapa pemimpin muda pro Ulama, di samping isu yang dikatakan ada hubungkait dengan Mursyidul Am TG Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Sumber memberitahu Penangdaily, tindakan Abdullah membuat laporan tatatertib mengenai pemimpin muda pro Ulama – Sheikh Abdul Qadir al-Joofry – menuduh beberapa pemimpin PAS pusat sebagai perosak  ‘jamaah’ PAS beberapa bulan lepas juga dikatakan ada kaitannya juga.

Sumber dalaman pejabat agung PAS berkata, Pak Lah juga tidak mempunyai hubungan baik dengan Nasruddin, selain Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang juga merupakan Timbalan Ketua Pemuda PAS yang baru.

Mesyuarat jawatankuasa Ahad lepas, turut memahsyorkan  Dr Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaacob sebagai Naib Ketua Pemuda PAS yang baru, manakala Khairul Faizi Ahmad Kamil dilantik sebagai Setiausaha, dan tiga Penolong Setiausaha Kamaruzaman Mohamad, Nasaie Ismail dan Khairul Fahmi.

Kerusi Bendahari disandang oleh ​Ir Hj Muhd Khairil Nizam bin Khairudin. Ustaz Riduan bin Mohamad Nor dpula ilantik sebagai Ketua Penerangan Pemuda yang baru.

Mohd Sany bin Hamzan menggantikan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar sebagai Pengarah Jabatan Pilihan raya Pemuda yang baru.

Berikut adalah AJK Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) yang baru:

  1. Sdr Suhaizan bin Kaiat
  2. YB Ust Mohd Firdaus Jaafar
  3. YB Ust Nasir bin Zakaria
  4. Ir Hj Muhd Khairil Nizam bin Khairudin
  5. Sdr Nasaie bin Ismail
  6. Dr. Suhazeli bin Abdullah
  7. Dr. Zuhdi bin Marzuki
  8. Dr. Aminurrasyid bin Yatiban
  9. Herman Samsudee​
  10. Sdr Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus​
  11. Sdr Mohd Syahir bin Sulaiman​
  12. Sdr A. Halim B. Ahmad​ 
  13. Ust Ahmad Tarmizi Mohd Din
  14. Sdr Mohd Idris Bin Mohd Yussoff​
  15. Sdr Wan Asrul Afendi Wan Mohamad ​
  16. Sdr Ahmad Zamri bin Asa’ad Khuzaimi​
  17. Sdr Juhari Uthman
  18. Sdr Hassan bin Aladi


PenangdailyTV

Facebook

Hubungi Kami

Editor in Chief
Hajeeanua
Email: anua@penangdaily.com
Facebook

Pengarang
Hafiz
Nujumraja
Buraqs

Webmaster
Muaz.net
Email: contact@penangdaily.com
Facebook

Pengurus Iklan
Buraqs
Email: ads@penangdaily.com