Politik

Belumpun bersahut desakan Datuk Ibrahim Ali mengajak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berdebat dengannya,  tup tup tanpa silu pula Perkasa mencadangkan agar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berdebat dengan Presidennya.

Hebat sungguh Perkasa ni, nak berdebat dengan semua orang. LGE tidakpun melayan ajakan Berahim. Iyalah apa ke kelasnya Ibrahim nak berdebat dengan pimpinan-pimpinan parti politik sedangkan dia sendiri tak mewakili apa parti pun. Oleh itu dengan sendirinya dia tidak setaraf dengan pimpinan mana-mana parti politik.

Baca Lagi...

PAS menyifatkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hanya bermain 'politik hipokrit' apabila mendakwa setiap undi yang diberi kepada DAP akan memperkukuhkan PAS menguasai kerajaan negeri ataupun persekutuan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, politik jenis itu bukan sahaja dimainkan MCA, namun juga oleh pemimpin Umno komponen BN yang lain.

"Bila MCA jumpa orang Cina dia kata undi DAP akan bagi kuasa pada PAS, bila Umno jumpa orang Melayu mereka canang kata undi PAS akan bagi kuasa kepada DAP.

Baca Lagi...

Pakar perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari akan bertanding atas tiket Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Sekurang-kurangnya demikian pengertian daripada pendirian yang dibuat Aziz yang menawarkan diri untuk menjadi calon Pakatan Rakyat pada PRU nanti, meskipun belum ada kepastiannya daripada mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat. Beliau dipetik berkata demikian menerusi kiriman emailnya kepada The Malaysian Insider.

Baca Lagi...

Pilihanraya umum bakal ditangguhkan ke waktu lebih lama lagi kerana BN menerima satu pukulan maut terbaru apabila Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang dengan 439 ahlinya keluar parti itu yang kini disifatkan sekadar  suam-suam kuku pengaruhnya.

Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon meletakkan semua jawatan dalam MCA, di samping 439 ahli mca itu turut keluar pari bersama-samanya.

Ekoran itu, dua cawangan MCA dibubarkan. Eng berbuat demikian kerana tidak menyakini kepimpinan MCA yang disifatkannya tidak bermoral dan beretika.

Baca Lagi...

PAS jangka pilihan raya umum ke 13 akan diadakan Mac tahun depan dan mahu semua peringkat parti membuat persiapan terbaik," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Al.

Beliau berkata demikian dalam satu majlis makan malam dekat sini baru-baru ini. Beliau membuat andaian itu berdasarkan laporan media dan ramalan awal tentang status ekonomi negara.

"Bagi saya, Umno akan timbang dua perkara kali ini sebelum mengadakan pilihan raya iaitu keadaan dalam Pakatan Rakyat yang sedang diserang. Satu lagi, kedudukan ekonomi yang dijangka bermasalah tahun depan ekoran kriis ekonomi dunia khasnya di Amerika dan Eropah.

Baca Lagi...

P Ramasamy menghentam balik ahli jawatankuasa DAP negeri, RSN Rayer yang menuduhnya "mengemis" untuk mendapatkan jawatan Timbalan Ketua Menteri (TKM) Pulau Pinang II selepas pilihan raya umum 2008.

Ramasamy (kanan) berkata soal mengemis bagi jawatan TKM tidak timbul kerana usaha untuk menambah wakil kaum India dalam kerajaan negeri  telah bermula sebelumnya - dalam jawatankuasa eksekutif pusat DAP (CEC) selepas pilihan raya.

Baca Lagi...

Datuk Shabudin Yahya memang kehabisan ide apabila mengaitkan jalan masuk dibina kerajaan ke kawasan perumah timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu sebagai rahmat kerajaan.

ADUN Permatang Berangan, berkata Mohamad mendapat faedah apabila kerajaan membuat jalan masuk ke kawasan perumahan yang kebetulan terdapat rumah Mohamad di kawasan DUN tersebut.

Baca Lagi...

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bukan lagi menjadi pilihan utama Umno untuk menjadi Menteri Besar Perak selepas PRU13, kerana beberapa nama lain yang lebih hebat kini hangat diperkatakan bakal mengambil alih kerusi berkenaan

Zambry dikatakan bukan menjadi pilihan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jika BN kekal memerintah negeri itu selepas PRU-13.

Menurut sumber, Zambry bukan pilihan Najib kerana beliau diangkat (selepas rampasan kuasa) menjadi Menteri Besar Perak Ke-11 oleh mantan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi.

Baca Lagi...

Perhimpunan Agung Umno 2011 yang masuk hari kedua hari ini hanya menjadi medan menghentam Pakatan Rakyat, bukan medium untuk memperkukuhkan parti ang telah memerintah negara lebih 54 tahun itu. 

Semasa membahaskan ucapan Dasar Presiden, wakil Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz, menghentam kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa kononnya terbabit dengan pelbagai salah-laku dan penyelewengan.

Baca Lagi...

PAS akan mengambil tindakan mahkamah berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman yang dibentangkan bagi bacaan kali kedua oleh Perdana Menteri di Dewan rakyat semalam.

Peguam, Mohamed Hanipa Maidin berkata, beliau akan mewakili PAS minggu hadapan untuk memohon perintah mahkamah supaya menyekat RUU ini menjadi undang-undang.

Baca Lagi...

PenangdailyTV

Facebook

Hubungi Kami

Editor in Chief
Hajeeanua
Email: anua@penangdaily.com
Facebook

Pengarang
Hafiz
Nujumraja
Buraqs

Webmaster
Muaz.net
Email: contact@penangdaily.com
Facebook

Pengurus Iklan
Buraqs
Email: ads@penangdaily.com