Umno Pulau Pinang menafikan terbabit dalam demonstrasi haram jalanan di Komtar Pulau Pinang semalam.
Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Osman berkata Umno negeri itu tidak pernah mengarahkan demonstrasi berkenaan diadakan.
“Saya mendapat banyak panggilan dari rakan-rakan semalam berhubung perkara ini. Ingin saya maklumkan bahawa Umno negeri langsung tidak terlibat dalam demonstrasi di Komtar atau mana-mana tempat.
Ibrahim Ali wajar disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan bersifat rasis terhadap kaum Cina
Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata Ibrahim tidak wajar mengeluarkan kenyataan mengugut kaum lain.
“Saya mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Ibrahim Ali yang seolah-olah mengugut masyarakat Cina.