Pakar perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari akan bertanding atas tiket Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Sekurang-kurangnya demikian pengertian daripada pendirian yang dibuat Aziz yang menawarkan diri untuk menjadi calon Pakatan Rakyat pada PRU nanti, meskipun belum ada kepastiannya daripada mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat. Beliau dipetik berkata demikian menerusi kiriman emailnya kepada The Malaysian Insider.

Katanya, beliau mahu mengambil bahagian dalam proses politik negara dengan berkhidmat sebagai wakil rakyat.

"Saya tidak ghairah untuk menjadi anggota parti namun sistem dua parti yang berkesan membenarkan reformasi dan pentadbiran yang bagus.

"Maksud saya, seperti mengambil bahagian dalam pemilihan parti, saya hanya mahu menjadi wakil rakyat jika mereka (Pakatan Rakyat) merasakan saya sesuai menjadi calon mereka," katanya.

Beliau yang mengesahkan menerima tawaran tidak rasmi daripada PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bagaimanapun berkata, masih terlalu untuk membuat keputusan mengenai mana-mana parti yang akan disertainya.

Katanya, beliau tidak memilih untuk bertanding di bawah mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat memandangkan semua parti itu komited untuk melaksanakan dasar dengan berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan.



PenangdailyTV

Facebook

Hubungi Kami

Editor in Chief
Hajeeanua
Email: anua@penangdaily.com
Facebook

Pengarang
Hafiz
Nujumraja
Buraqs

Webmaster
Muaz.net
Email: contact@penangdaily.com
Facebook

Pengurus Iklan
Buraqs
Email: ads@penangdaily.com