Pilihanraya umum bakal ditangguhkan ke waktu lebih lama lagi kerana BN menerima satu pukulan maut terbaru apabila Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang dengan 439 ahlinya keluar parti itu yang kini disifatkan sekadar suam-suam kuku pengaruhnya.
Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon meletakkan semua jawatan dalam MCA, di samping 439 ahli mca itu turut keluar pari bersama-samanya.
Ekoran itu, dua cawangan MCA dibubarkan. Eng berbuat demikian kerana tidak menyakini kepimpinan MCA yang disifatkannya tidak bermoral dan beretika.
Beliau memberitahu sidang media di George Town, beliau dan rakan-rakan seperjuangan amat kecewa dengan pemimpin parti yang berdepan isu moral dan perbalahan dalaman semakin buruk.
Katanya, para pemimpin enggan melibatkan diri dengan akar umbi atau berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas.
Eng juga berkata, kira-kira 500 ahli parti dari Johor mungkin turut keluar MCA yang akan mengakibatkan lima cawangan di negeri itu dibubarkan.



