Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bukan lagi menjadi pilihan utama Umno untuk menjadi Menteri Besar Perak selepas PRU13, kerana beberapa nama lain yang lebih hebat kini hangat diperkatakan bakal mengambil alih kerusi berkenaan

Zambry dikatakan bukan menjadi pilihan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jika BN kekal memerintah negeri itu selepas PRU-13.

Menurut sumber, Zambry bukan pilihan Najib kerana beliau diangkat (selepas rampasan kuasa) menjadi Menteri Besar Perak Ke-11 oleh mantan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi.

Beberapa nama dikatakan menjadi pilihan termasuk bekas Menteri Besar, Tan Sri Tajol Rosli, Timbalan Pengerusi Umno Perak Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Umno Bahagian Bruas Datuk Manaf Hashim yang didakwa kini sangat rapat dengan perdana menteri.

Menurut sumber, desas-desus itu sangat kuat diperkatakan kakitangan kerajaan negeri malahan usaha lobi-melobi juga jelas dapat dilihat melalui log-blog politik pro Umno di negeri itu.

Pergolakan ini dikhabarkan sedang bergelodak di negeri Perak, ekoran kegagalan Zambry merapatkan hubungan antara barisan pimpinan veteran Umno di Perak dengan barisan baru pro Zambry. 

Memandangkan hal itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Al-Hiss  mencabar Umno Perak menamakan calon menteri besar yang baru.

"Adakah Tan Sri Tajol Rosli akan kembali menerajui Umno BN Perak? Ataupun Timbalan Pengerusi Umno BN Perak kini, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah yang akan dinamakan bagi menggantikan Datuk Seri Zambry?

"Atau juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang dikatakan akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini? " soalnya
Beliau juga mendakwa, Najib sehingga kini belum menamakan calon yang paling layak untuk kerusi ‘orang nombor satu’ di negeri itu.

"Marilah kita tunggu apa jawapan BN Perak dan kami telah pun mengisytiharkan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai calon Menteri Besar untuk Pakatan Rakyat (PR) Perak kelak," katanya.



PenangdailyTV

Facebook

Hubungi Kami

Editor in Chief
Hajeeanua
Email: anua@penangdaily.com
Facebook

Pengarang
Hafiz
Nujumraja
Buraqs

Webmaster
Muaz.net
Email: contact@penangdaily.com
Facebook

Pengurus Iklan
Buraqs
Email: ads@penangdaily.com