Pelajar UITM. khususnya pemimpin pelajar yang terpilih tentunya akan merasa bangga jika memenangi Anugerah Ibrahim Ali berasaskan kriteria berusaha memartabatkan bangsa Melayu.

Menurut maklumat Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM, pelajar yang dipilih akan menerima RM5,000, hasil tajaan presiden PERKASA itu.

Pelajar juga mesti mematuhi empat kriteria iaitu antaranya membantu merangsang pelajar bagi mengikuti program dan aktiviti berkaitan dengan peningkatan maruah dan martabat bangsa pelajar.

Kriteria lain adalah:
• Menjadi pemimpin persatuan yang berdaftar dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni seperti persatuan kebudayaan, kesenian Melayu atau persatuan lain di dalam atau luar kampus

• Menjadi pemimpin atau jawatankuasa yang memperjuangkan bangsa dan budaya di luar kampus seperti GPMS, ABIM, PERKASA, GAPENA.
• Mendapat pengiktirafan dari badan-badan di luar UiTM

Tarikh tutup pencalonan 15 September dan anugerah itu akan diberikan pada setiap tahun semasa majlis konvokesyen pada bulan Oktober atau berikutnya.
 



PenangdailyTV

Facebook

Hubungi Kami

Editor in Chief
Hajeeanua
Email: anua@penangdaily.com
Facebook

Pengarang
Hafiz
Nujumraja
Buraqs

Webmaster
Muaz.net
Email: contact@penangdaily.com
Facebook

Pengurus Iklan
Buraqs
Email: ads@penangdaily.com