Zainab Abd Kader, isteri kepada Duta Malaysia ke Filipina Dato Seri Dr Ibrahim Saad, menimbulkan kontroversi ekoran tweet beliau pada 16 Julai yang dianggap menghina wira nasional Filipina Jose Rizal.

Kata-katanya dipersoal dalam artikel oleh penulis dan kolumnis Jarius Bondoc, dimuat dalam laman Philippine Star malam tadi, mendakwa tweet itu mencemarkan nama baik Rizal.

Tweet itu berbunyi:

Inshaallah “@BikMama2U: @datozainab Biasala tu, @anwaribrahim mmg pro-Kristian, pemuja Jose Rizal si Melayu kafir tu! Oh ya, jgn lupa..."

Pesanan tweet itu sebagai respons kepada mesej daripada @BikMama2U, akaun parodi yang dikaitkan dengan isteri perdana menteri, Rosmah Mansor.

NONETidak jelas kenapa Zainab dipersalahkan kerana untuk tweet semulanya (re-tweet) yang responsnya sendiri cuma 'Inshaallah'.

Isu itu juga disentuh Eekmal Ahmad, pembantu politik kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim: 

"Isteri Duta Malaysia ke Filipina hina Wira Filipina Jose Rizal dlm tweetnya? Jika benar ini krn tak tau etika diplomatik philstar.com/Article.aspx?a…"

Eekmal juga mula menerbitkan beberapa pesanan tweet tentang sejarah Rizal dalam akaunnya.

Anwar, yang mengakui peminat Rizal, dijadual menyampaikan syarahan di Universiti Philippines-Diliman pada Jumaat tentang pengaruh Rizal dan Ninoy Aquino terhadap kepimpinan Asean.



PenangdailyTV

Facebook

Hubungi Kami

Editor in Chief
Hajeeanua
Email: anua@penangdaily.com
Facebook

Pengarang
Hafiz
Nujumraja
Buraqs

Webmaster
Muaz.net
Email: contact@penangdaily.com
Facebook

Pengurus Iklan
Buraqs
Email: ads@penangdaily.com