Ramai yang terkejut kehairanan apabila Karam Singh melalui TV3 menyokong pembinaan loji logam jarang yang digeruni ramai membabitkan sisa radiasi nukler di Pahang itu.
Sebahagian besar merasa malu dan aib dengan sikap Karam Singh yang selama ini disifatkan sebagai pejuang alam sekitar dan hak asasi manusia . Namun kini Karam Singh benar-benar karam... rebah tersungkur mengadai maruah.
Sebahagian besar merasa malu dan aib dengan sikap Karam Singh yang selama ini disifatkan sebagai pejuang alam sekitar dan hak asasi manusia . Namun kini Karam Singh benar-benar karam... rebah tersungkur mengadai maruah.
Karam Singh selesa mempertahankan kerajaan Pahang, khususnya, yang terdesak untuk terus menipu rakyat. Karam Singh mulai "karam". Imej dan popularitinya merudum ekoran cuba mempertahankan "benang yang basah" dan selayaknya dianggap sebagai pengkhianat rakyat.
Kapal nuklear hampir karam
karam singh walia kena radiasi
benang yang basah mau ditegakkan
umpama orang mabuk tosey basi
Berikut dipetik dari Pahangdaily.
Kapal nuklear hampir karam
karam singh walia kena radiasi
benang yang basah mau ditegakkan
umpama orang mabuk tosey basi
Berikut dipetik dari Pahangdaily.
Apatah lagi sekiranya, rakyat berhadapan dengan risiko akibat keputusan kerajaan untuk meneruskan projek ini. Soalnya sekarang, kenapa dalam edisi siasat Karam Singh itu, beliau langsung tidak mendapatkan pandangan daripada pihak yang membantah Lynas terutamanya NGO Save Malaysia. Selama ini kita dipaparkan dengan laporan eksklusif yang tidak berat sebelah oleh NTV7dalam isu Lynas.
Biar pun dalam bahasa Mandarin, namun laporannya amat menarik dan padat dengan maklumat berguna. Ia jauh sekali berbeza dengan apa yang Karam Singh lakukan. Tindakan beliau menemubual"individu yang dikaitkan dengan samseng UMNO" ketika demontrasi aman Lynas di Pantai Teluk Chempedak pada 31 Mei lalu, amatlah memalukan.
Karam Singh gagal untuk menyiasat siapakah yang ditemubualnya, sebelum menerbitkan rancangan tersebut. Di sini, nampak benar beliau telah "dibayar dengan harga tertentu" oleh pihak berkenaan untuk membuat propaganda memesongkan minda rakyat agar percaya Lynas tidak berbahaya, sedangkan beliau sendiri tahu hakikat projek ini.



