Sketsa

Penyelesaian masalah atau mengingati sesuatu perkara menjadi lebih mudah dilakukan, jika telefon bimbit dalam keadaan senyap kerana nada dering terutama lagu yang menarik boleh mengurangkan keupayaan kuasa otak.

Saintis di Universiti Washington,  St Louis mendapati sekumpulan pelajar mendapat markah lebih 25 peratus kurang dalam ujian apabila didedahkan dengan nada dering telefon bimbit. Keputusan terburuk itu ditunjukkan selepas mendengar lagu yang diketahui atau disukai mereka.

Baca Lagi...

Pelik tapi benar, itulah yang didakwa sebuah keluarga di Taman Kledang, Sungai Siput apabila menyaksikan duit syiling jatuh dari langit.

Kejadian itu berlaku sejak seminggu lalu, apabila kanak-kanak berusia 10 tahun, S Vishnu Nair, mendakwa melihat satu cahaya dari langit dan selepas itu duit syiling mulai jatuh.Sehingga semalam, duit syiling yang jatuh di halaman rumah keluarga itu sudah berjumlah RM5.60 dan terdapat sekeping duit syiling dari India serta Singapura.

Baca Lagi...

Mungkin pagar makan padi. Apabila sebahagian wang tunai berjumlah hampir sejuta ringgit yang dirampas daripada tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyamun tiga pengurup wang asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini dilaporkan hilang dalam simpanan polis. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah yang mengesahkannya, berkata selain wang tunai RM11,700, beg duit milik semua suspek turut dilaporkan hilang dari pejabat pegawai penyiasat kes yang terletak di bangunan lama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam dilaporkan hilang.

Baca Lagi...

Penduduk Pontianak di Kalimantan Barat terpegun dengan kejadan "langit terbelah" selama 11 minit, iaitu membentuk ruang jaluran memanjang seperti sebuah lebuhraya di langit antara awan. 

Bagaimanapun pakar astronomi menyifatkan kejadian tiga hari lepas itu bukan luar biasa.

Peneliti Utama Astronomi-Astrofisika Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional (LAPAN) Thomas Djamaluddin berkata kejadian itu sering berlaku ketika matahari terbit atau terbenam.

Baca Lagi...

Polis Taiwan enggan memulangkan tangan kiri seorang lelaki yang dipotong kerana tercedera selepas satu insiden samun, minggu lepas.

Hu Chi-Yang, 59, mendesak polis memulangkan tangan kirinya  yang disimpan sebagai bahan bukti.

Baca Lagi...

Seorang pegawai imigresen maut selepas terjatuh dari tingkat 12 kondominium Magnaville di Selayang dekat Kuala Lumpur, semalam.

Mohd Irwan Mohd Ishak, 29, dikatakan terjatuh dari rumahnya di tingkat 12 dalam insiden kira-kira 5.30 petang itu ketika tiga lelaki datang mencarinya.

Baca Lagi...

Koperal Jenain Subi, 49, hari ini dijatuhi hukuman lima tahun penjara setalah didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian remaja Aminulrasyid Amzah.

Mahkamah Sesyen Shah Alam mendapati Jenain bersalah atas tuduhan tersebut mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.

Baca Lagi...

KUALA TERENGGANU:“Saya keliru, betulkah cicak tokek boleh dijual pada harga mencecah puluhan ribuan ringgit sedangkan cicak milik saya tidak laku meskipun sebelum ini ada pembeli menawarkan harga tinggi untuk haiwan berkenaan yang memiliki berat sekurang-kurangnya 200 gram (g),” kata Afandi Omar, 36.

Afandi yang memelihara cicak berkenaan berkata, dakwaan kononnya cicak itu boleh dijual pada harga tinggi sehingga mencecah RM25,000 hanya indah khabar dari rupa apabila rata-rata pemilik dikenalinya tidak pernah menjual haiwan berkenaan pada harga didakwa itu.

Baca Lagi...

Tiga lelaki warga Indonesia maut manakala tiga lagi cedera selepas dipercayai disambar petir dalam kejadian di tapak pembinaan di Jalan Rektor, Glenmarie di Shah Alam, Isnin. 

Kejadian berlaku kira-kira  2.30 petang ketika hujan ribut dan pada masa itu ketiga-tiga mangsa berada di luar rumah kongsi serta berdiri di dalam lopak air.

Baca Lagi...

Selepas enaam bulan pemberontakan di Libya, rejim Muammar Gaddafi akhirnya tumbang setelah kumpulan pemberontak berjaya menawan hampir seluruh bandar Tripoli.

Bagaimanapun nasib pemimpin Libya itu masih menjadi tanda tanya. Namun menurut AFP, anak lelaki bongsu Gaddafi, Seif al-Islam ditangkap oleh pemberontak, manakala anak lelaki sulungnya, Mohammed Al-Gaddafi dilaporkan menyerah diri, tetapi nasib anak-anaknya yang lain masih tidak diketahui.

Baca Lagi...

PenangdailyTV

Facebook

Hubungi Kami

Editor in Chief
Hajeeanua
Email: anua@penangdaily.com
Facebook

Pengarang
Hafiz
Nujumraja
Buraqs

Webmaster
Muaz.net
Email: contact@penangdaily.com
Facebook

Pengurus Iklan
Buraqs
Email: ads@penangdaily.com