Bekas penolong gabenor Bank Negara didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM100,000 dari orang tengah bagi mendapatkan kontrak mencetak wang polimer RM5.
Ini hasil operasi bersama antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak berkuasa Australia berhubung dakwaan salah laku dalam pemberian kontrak kepada firma Australia berkenaan.
Saya amat mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli Seni Silat Lincah yang dikatakan seramai 1 juta ahli ke Himpunan BERSIH 2.0 kerana ini jelas termaktub di dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak setiap warganegara Malaysia untuk berhimpun secara aman.
Seorang bekas pelatih bomba wanita kecewa dengan tindakan Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai di Marang, Terengganu, yang membotakkan kepala beliau serta 18 pelatih perempuan lain ketika mereka mendaftar diri untuk menjalani latihan di kem itu 2 Mei lepas.
Hizyaty Othman, 28, dari Taman Berjaya, Jalan Pegawai berkata, dia amat terkejut dengan tindakan membotakkan rambut pelatih perempuan, tidak seperti apa yang dinyatakan dalam peraturan kursus yang diterima mereka sebelum melaporkan diri di akademi itu.
Aktiviti pengumpulan wang aka kutu adalah amalan yang wajar diperkasakan. Kerajaan tidak wajar mengharamkannya. Ada pelbagai kaedah ia dilaksanakan di kalangan penduduk kampung, peniaga malahan di pejabat-pejabat. Ada kutu barangan, ada kutu menunaikan umrah, ada kutu untuk kenduri kahwin dan ada kutu untuk yang memerlukan.
Seketika dahulu orang desa adakan jamuan teh, yang bertujuan untuk mengumpul wang bagi membantu penduduk yang memerlukan. Teringat saya semasa di Kelantan, ada rakan menjemput ke jamuan "minum teh" kerana anaknya akan melanjutkan pelajaran ke Mesir.
Foto lelaki menyerupai Hishamudin Hussein memegang tin arak ini dah lama tersebar dalam internet. Tapi kali ini, wartawan lebih berani bertanya Datuk Seri Menteri Dalam Negeri itu sama ada gambar itu ada kena mengena dengan beliau.
Jawapannya mudah.. skema sahaja iaitu: "Saya tak ingatlah..." (I don't remember.)
| naik kete ni boleh kot ka bukit bendera |