Foto lelaki menyerupai Hishamudin Hussein memegang tin arak ini dah lama tersebar dalam internet. Tapi kali ini, wartawan lebih berani bertanya Datuk Seri Menteri Dalam Negeri itu sama ada gambar itu ada kena mengena dengan beliau. 

Jawapannya mudah.. skema sahaja iaitu: "Saya tak ingatlah..." (I don't remember.)

Sebaliknya beliau bertanya: Apa yang mereka lakukan?  Ada juga gambar isteri saya.  Anda boleh lihat itu superimpose (diubahsuai).  Gambar yang mengaitkan anak perempuan saya itu jelas bukannya!  Untuk saya, saya telah membuat keputusan...(gambar yang) dalam web ini saya takkan jawab.  Benda-benda begini."

"...Dan mereka melatah dalam konteks ini, itu terserlah kepada mereka.  Tapi kalau nak cari tuduhan, dakwaan, gambar... gambar saya dengan student, gambar saya dengan perempuan, semua ada dekat dalam tu.  Kalau nak tanya gambar ini dan itu...saya ke tidak?  (Saya ada lagi) Banyak kerja lain, kalau kita nak buat ikut tanggungjawab dan amanah," sambungnya.

Hishammuddin menambah, "Itu realiti politik.  Bagi saya, itu asam garam.  Tetapi bila dia menyentuh isteri, anak-anak saya yang tak berdosa, itu maknanya mereka dah agak daif dan ketandusan nak berkempen dan nak memperjuangkan kedudukan mereka sebagai parti politik untuk rakyat Malaysia."

Hishammuddin diminta respon mengenai isu gambar yang tersebar di internet, di mana seorang lelaki yang menyerupai wajahnya sedang memegang tin arak.

Bernama melaporkan bahawa Hishammuddin berkata beliau sedar akan wujudnya gambar ini di internet sejak lapan tahun yang lalu. 

Beliau mempertikaikan mengapa isu gambar ini dibangkitkan selepas lapan tahun, malah menyifatkannya sebagai permainan kotor yang biasa berlaku dalam arena politik.

Sebelum ini, Zaid Ibrahim, Presiden Kita berdepan dengan tuduhan "kaki botol" tetapi beliau telah mengakui kesilapannya dan mendakwa dirinya telah bertaubat.  (Sumber The Malaysian Insider)



PenangdailyTV

Facebook

Hubungi Kami

Editor in Chief
Hajeeanua
Email: anua@penangdaily.com
Facebook

Pengarang
Hafiz
Nujumraja
Buraqs

Webmaster
Muaz.net
Email: contact@penangdaily.com
Facebook

Pengurus Iklan
Buraqs
Email: ads@penangdaily.com