Polis Taiwan enggan memulangkan tangan kiri seorang lelaki yang dipotong kerana tercedera selepas satu insiden samun, minggu lepas.
Hu Chi-Yang, 59, mendesak polis memulangkan tangan kirinya yang disimpan sebagai bahan bukti.
Dalam insiden itu, Hu disamun wang tunai RMAS600 (RM1,920) oleh tiga lelaki di Fujian yang juga cuba memotong tangan kirinya bagi mendapatkan cincin dan jam Rolex dipakainya.
Hu, ahli perniagaan berkata, tangannya dipotong selepas doktor memberitahu ia cedera parah dan tidak dapat diselamatkan. Bagaimanapun, polis tempatan enggan membenarkan dia mengambil semula tangannya untuk dibawa pulang ke Taiwan.
Bercakap kepada media dari katil hospital di Taoyuan, di utara Taiwan dia berkata: “Saya mangsa dalam kes ini tetapi mereka melayan saya bagaikan perompak. Saya tidak mahu lagi pergi ke China.
“Saya minta mereka pulangkan tangan saya tetapi mereka kata mereka perlu menyimpannya untuk siasatan,” katanya. Kes Hu itu mendapat liputan meluas oleh media Taiwan sejak dia pulang dari Putian Selasa lalu.



