Seorang pegawai imigresen maut selepas terjatuh dari tingkat 12 kondominium Magnaville di Selayang dekat Kuala Lumpur, semalam.

Mohd Irwan Mohd Ishak, 29, dikatakan terjatuh dari rumahnya di tingkat 12 dalam insiden kira-kira 5.30 petang itu ketika tiga lelaki datang mencarinya.
Isteri mangsa, Suhaidah Suhardi, 35, berkata suaminya enggan bertemu lelaki berkenaan apabila beliau memaklumkan.

"Saya bagi tahu suami ada orang datang hendak berjumpa, tapi dia tak mahu jumpa, dia kata abang keluar, panjat tingkap lalu ikut tangga sahaja," katanya.

Suhaidah berkata beliau telah menghalang suaminya keluar melalui tingkap sebelum terdengar bunyi dentuman kuat di bawah rumah mereka.

"Saya tergamam dan terkejut lihat suami dah jatuh ke bawah," kata surirumah itu.

Mangsa merupakan Pegawai Penguatkuasa Imigresen di Damansara dan mempunyai dua anak berumur dua dan tujuh tahun serta sedang bercuti tanpa gaji sejak Ramadan lalu.




PenangdailyTV

Facebook

Hubungi Kami

Editor in Chief
Hajeeanua
Email: anua@penangdaily.com
Facebook

Pengarang
Hafiz
Nujumraja
Buraqs

Webmaster
Muaz.net
Email: contact@penangdaily.com
Facebook

Pengurus Iklan
Buraqs
Email: ads@penangdaily.com