Mungkin pagar makan padi. Apabila sebahagian wang tunai berjumlah hampir sejuta ringgit yang dirampas daripada tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyamun tiga pengurup wang asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini dilaporkan hilang dalam simpanan polis. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah yang mengesahkannya, berkata selain wang tunai RM11,700, beg duit milik semua suspek turut dilaporkan hilang dari pejabat pegawai penyiasat kes yang terletak di bangunan lama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam dilaporkan hilang.

"Kita menyiasat semua pegawai dan anggota Polis yang mengendalikan kes berkenaan,” katanya.

Pada 15 Sept lepas, polis menahan tiga pegawai kanan SPRM kerana dipercayai terbabit menyamun tiga penggurup wang sebanyak AS300,000 selepas dipercayai bersubahat bersama dua lagi suspek awam. 

Tiga pegawai SPRM terbabit didakwa ke Mahkamah Sesyen Sepang pada 7 Oktober lalu atas tuduhan bersubahat melakukan rompakan, penyamaran dan penipuan serta menyembunyikan rancangan rompakan terhadap tiga warga Singapura yang dalam proses membawa wang berkenaan keluar dari negara. 


PenangdailyTV

Facebook

Hubungi Kami

Editor in Chief
Hajeeanua
Email: anua@penangdaily.com
Facebook

Pengarang
Hafiz
Nujumraja
Buraqs

Webmaster
Muaz.net
Email: contact@penangdaily.com
Facebook

Pengurus Iklan
Buraqs
Email: ads@penangdaily.com