Stadium Nasional Bukit Jalil mula berwarna merah
Lebih 10,000 penyokongThe Red Warriors mulai tiba di perkarangan stadium itu (pagi ini) yang menjadi pentas final Piala FA vs Terengganu. Begitulah pernyataan sokongan fan Kelantan.  

Bermula semalam, sebanyak 150 kereta dengan 600 peminat  dari kawasan Parlimen Kota Bharu,  bergerak ke stadium berkenaan, bagi menyemarakkan semangat pasukan Kelantan dalam perlawanan yang bermula beberapa jam lagi.

Malam tadi,  10,300 penyokong The Red Warriors bertolak dengan 233 bas. Mereka telahpun tiba awal pagi ini.  Rombongan itu bergerak secara berjadual dari kawasan Wisma Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Wisma Tabung Haji dan Stadium Sultan Muhammad IV.

Sebanyak, 33 bas disediakan untuk ahli kelab manakala 200 bas untuk penyokong yang membeli tiket melalui kelab.

“Kesemua bas tidak bergerak secara konvoi bagi mengelak kesesakan.  Bas bergerak mengikut jadual ditetapkan.

Kelab itu juga akan membuat persembahan dikir barat di perkarangan Stadium.


PenangdailyTV

Facebook

Hubungi Kami

Editor in Chief
Hajeeanua
Email: anua@penangdaily.com
Facebook

Pengarang
Hafiz
Nujumraja
Buraqs

Webmaster
Muaz.net
Email: contact@penangdaily.com
Facebook

Pengurus Iklan
Buraqs
Email: ads@penangdaily.com