Skuad bola sepak kebangsaan bawah 23 tahun bukan sahaja bakal berdepan jaguh sekuat Thailand pada perlawanan kedua hari ini, bahkan didakwa menghadapi helah penganjur Sukan Sea Indonesia yang dilihat sering mencari jalan menyukarkan laluan Malaysia.
Bermula dengan sususan jadual yang penuh dengan pertikaian sehinggalah hampir diusir keluar dari Stadium Gelora Bung Karno kelmarin, persiapan Ong Kim Swee (bawah) menjelang pertembungan dengan juara 13 kali itu juga terjejas.
Bermula dengan sususan jadual yang penuh dengan pertikaian sehinggalah hampir diusir keluar dari Stadium Gelora Bung Karno kelmarin, persiapan Ong Kim Swee (bawah) menjelang pertembungan dengan juara 13 kali itu juga terjejas.
"Kita akan berdepan Thailand yang tidak beraksi sebelum ini, mujurlah tidak ada pemain negara yang cedera selepas perlawanan dengan Singapura."Sepatutnya kita (Malaysia) selaku pasukan juara akan menentang lawan yang lebih rendah rankingnya pada perlawanan pertama tetapi di sini sebaliknya.
"Hari ini (semalam) pula, saya terpaksa membatalkan latihan kerana penganjur menetapkan latihan kami pada jam 8 pagi yang lokasinya memakan masa dua jam untuk sampai. Saya hanya akan memulakan latihan ringan di sekitar hotel penginapan petang ini (semalam).
"Saya sudah menjangkakan pelbagai masalah akan timbul dan tidak mahu menjadikan ia sebagai alasan (untuk) kami gagal memberi aski terbaik menentang Thailand esok," kata jurulatih kebangsaan negara berkenaan di Jakarta semalam.
Mengulas insiden beliau hampir dihalau keluar semalam ketika mahu menyaksikan perlawanan Indonesia menentang Kemboja di Stadium Bung Karno kelmarin, Kim Swee menganggap insiden tersebut sebagai asam garam pasukan Malaysia di negara jiran tersebut.
"Saya ketika itu duduk di tempat duduk VIP untuk menonton perlawanan Indonesia dengan Kemboja di stadium, tetapi ada petugas menyuruh saya beredar dan duduk di tempat duduk penonton tapi saya tidak pedulikan arahan itu," katanya sambil memberitahu bahawa anak buahnya turut diejek oleh penyokong Indonesia ketika menentang Singapura kelmarin.



