Kulsoom Abdullah
 
ATLANTA: Kulsoom Abdullah mampu mengangkat seberat 240 paun dan boleh melakukannya lebih 100 kali. Bagaimanapun, dia tidak boleh melakukannya lagi kecuali atlit Muslimah itu sanggup membuka pakaian yang menutupi bahagian kaki dan tangannya.

Kulsoom, 35, seorang Muslim Amerika berkata, jika dia mematuhi peraturan itu, ia bermakna terpaksa melanggar keperluan prinsip agamanya, dan oleh itu Kulsoom mahu memperjuangkan agar peraturan antarabangsa sukan itu dapat dipinda.

Kulsoom dilihat satu-satunya wanita di dunia yang mahu bersaing dengan mengenakan hijab — yang menutup bahagian kepala, tangan dan kaki.

Ilustrasi pakaian yang menjadi sebahagian hujahan Kulsoom
 
Dilema Kulsoom adalah satu daripada antara isu yang tercetus dalam dunia sukan ini, melibatkan wanita Islam.

“Saya merasakan lebih manis jika dalam mana-mana sukan, seorang wanita yang menutup kaki dan tangannya... (tetapi) masih boleh melibatkan diri (mengambil bahagian),” kata Kulsoom.

Kulsoom, (ibu bapanya berasal dari Pakistan), lahir serta dibesarkan di Georgia. Dia mengenakan hijab sejak kecil. Pakaiannya tidak menjejaskan semangatnya. 

Ketika mengikuti pengajian ijazah Doktor Falsafah jurusan rangkaian komputer di Georgia Tech, dia memperoleh tali pinggang kategori hitam dalam tae kwan do. Dia mula menyertai sukan mengangkat berat empat tahun lalu. Minatnya berterusan sehingga kini.

“Saya sudah ketagih... bukan sahaja secara fizikal, tetapi juga secara psikologi,” tambah Kulsoom.

“Saya telah mencapai tahap yang secukupnya untuk melayakan diri saya ke kelas angkat berat di peringkat kebangsaan pada Oktober 2010,” kata Kulsoom, yang lazimnya menjalani latihan menggunakan pakaian longgar dan lengan panjang.

Buat masa sekarang, peraturan memerlukan bahagian kaki dan tangan tidak ditutup bagi membolehkan hakim melihat kedudukan siku dan lutut “terkunci” dalam menentukan sama ada angkat berat berjaya ataupun sebaliknya.

Kebanyakan pesaing mengenakan pakaian khas dengan lengan pendek dan seluar pendek.

Kulsoom berhujah bahawa ada pakaian alternatif — kelengkapan sukan dengan lengan panjang dan seluar ketat — yang boleh memenuhi syarat kesederhanaan dan yang adil kepada semua.

Kulsoom Abdullah 
 
Dia berhujah akan memenuhi keperluan pertandingan. Tetapi apabila dia memohon untuk bersaing dalam kejohanan angkat berat kebangsaan AS tahun ini, yang dijadualkan bulan depan di Council Bluffs, Iowa, badan penyelia sukan itu di USA mempertikaikan pakaian Kulsoom yang telah diubahsuai.

“Oleh kerana USA Weightlifting ditadbir oleh peraturan International Weightlifting Federation, kita mesti mematuhi peraturan itu dan oleh itu, permintaan anda mengguna pakaian yang diubahsuai ditolak,” tulis Ketua Pegawai Eksekutif John Duff dalam satu e-mel kepada Kulsoom.

Kini, Kulsoom membawa kesnya kepada International Weightlifting Federation.

Kulsoom telah menyediakan hujah 43 halaman, memperincikan opsyen-opsyen pakaian yang menurutnya  keperluan kesederhanaan sebagai seorang Muslim.

Dengan bantuan seorang peguam, aktivis Muslim dan Jawatankuasa Olimpik AS, kesnya kini dalam agenda International Weightlifting Federation yang bermula di Pulau Pinang, Malaysia kelmarin. Keputusannya akan diumumkan dalam beberapa hari lagi. (edited from MalaysiaInsider)



PenangdailyTV

Facebook

Hubungi Kami

Editor in Chief
Hajeeanua
Email: anua@penangdaily.com
Facebook

Pengarang
Hafiz
Nujumraja
Buraqs

Webmaster
Muaz.net
Email: contact@penangdaily.com
Facebook

Pengurus Iklan
Buraqs
Email: ads@penangdaily.com